Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Ahad, 16 Februari 2014

SIMPOSIUM PENGAKAP 2013



Pendaftaran terbuka ahli baru & ahli lama 2014 Pasukan Pengakap Kelana G Unit Laut Daerah Kuala Terengganu



Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014



Rovermoot Kelana Ke-16 Gerik

Jika berminat, sila hantar senarai nama semua sekali, dan No. IC/ untuk urusan sijil dan makluman kepada pihak Polis, Pesuruhjaya Daerah, dan Negeri. Emailkan kepada kelana16gerik@gmail.com



COMMUNITY DEVELOPMENT CAMP (COMDECA) Malaysia 2014

Kepada semua ahli kelana... marilah kita menyertai COMDECA 2014 pada 20-23 Mac 2014 yang dianjurkan Sekretariat Kelana Negara di Balok, Kuantan. Program ini adalah program khidmat masyarakat. Anda boleh like page Comdeca-2014 (Facebook) utk maklumat lanjut.

Adult In Scouting 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan bengkel Adult In Scouting 2014 peringkat kebangsaan pada 04 hingga 08 Mac 2014 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Selangor.

Oleh itu, pencalonan penyertaan dari semua negeri adalah dikehendaki. Bagaimanapun, penyertaan terhad kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan/atau Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja. Ini kerana bengkel ini bertujuan untuk membentuk polisi Adult In Scouting bagi Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan.

Bersama-sama ini dikepilkan butiran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman semua.


APR Workshop on Environment Education in Scouting 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement Asia Pacific Region dan Scouts Australia akan menganjurkan APR Workshop on Environment Education in Scouting pada 2 hingga 5 Jun 2014 bertempat di Adelaide, South Australia.

Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran jemputan mengenai program yang diadakan beserta dengan borang-borang permohonan bagi menyertai program tersebut.


APR Scout Photo Contest 2014

Dimaklumkan bahawa APR Scout Photo Contest 2014 akan diadakan pada awal bulan Mac tahun ini. Tema untuk tahun ini adalah “Perpaduan dan Kepelbagaian ” Dalam Pengakap .


Tarikh akhir penyerahan penyertaan ke pejabat Rantau Asia Pasifik adalah pada 28 Februari 2014.

Enam pemenang akan dipilih: Satu Emas, dua Silvers , dan tiga gangsa . Anugerah akan disampaikan pada 8 April 2014 di APR Sout Leaders Summit pada April 2014.

Sila lihat garis panduan yang dilampirkan di bawah.


5th Montenegrin Scout Jamboree “Feel Montenegro”

Dimaklumkan bahawa Association of Scouts of Montenegro akan menganjurkan 5th Montenegrin Scout Jamboree “Feel Montenegro” pada 11 hingga 20 Julai 2014 bertempat di Bar, Montenegro. Maklumat lanjut boleh didapati di lampiran yang sertakan di bawah.



WE ALWAYS BEEN A FAMILY, ALWAYS WILLING TO HELP

Salam Pengakap,

Sudah terlalu lama tidak meninggalkan post di ruangan wall Kelana G, terlalu banyak perkara telah berlaku akhir-akhir ini. Pertemuan dan perpisahan dikalangan ahli kumpulan disebabkan kekangan waktu, sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan pelbagai karenah kehidupan. 

Itulah ragam kehidupan, ada masa kita bersama-sama berhimpun, berkhemah, berkongsi penat lelah mendidik generasi muda ke arah satu matlamat yang sama, berhubung dan menjalin ukhuwah dikalangan kita, melihat rakan2 kita membesar, memimpin generasi selepasnya supaya lebih berdisiplin, menghormati pemimpin, belajar berasaskan tauladan dan suatu masa kita pernah menjadi satu pasukan yang selangkah kehadapan mengatasi pasukan-pasukan pengakap yang lain.

Namun, segala usaha dan penat lelah selama ini tidak pernah dilupai, pada mereka yang telah membantu, pada mereka yang sanggup menggembleng tenaga dalam memastikan Pasukan Kelana G sentiasa bergerak dalam kepelbagaian aktiviti dari peringkat pasukan sehinggalah ke peringkat seterusnya, TERIMA KASIH diucapkan.

Justeru itu, diharap tahun 2014 ini menjadi titik tolak untuk kita meneruskan kesinambungan pergerakan kepengakapan melalui pasukan kita sendiri tanpa terbeban dengan aktiviti di peringkat daerah mahupun negeri. Bermula dari saat ini, saya menyeru kalian semua supaya bekerjasama dengan saya dan juga pucuk pimpinan pasukan dalam merangka kegiatan pasukan dan melaksanakannya sehingga berjaya.

Semoga tahun ini adalah tahun bermulanya Pasukan Kelana G melakukan kegiatan dalam pasukan sendiri dan bermulanya sesi untuk sama-sama kita menongkah arus perdana melalui bidang kepengakapan.

Diharap pada masa yang bakal diberitahu kelak, kalian dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pasukan Pengakap Kelana G kali Ketiga tahun 2014.

Sekian, harap maklum.

"WE ALWAYS BEEN A FAMILY, ALWAYS WILLING TO HELP"

Ahmat Yazid bin Maliki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...