Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2014

Pendaftaran terbuka ahli baru & ahli lama 2014 Pasukan Pengakap Kelana G Unit Laut Daerah Kuala Terengganu



Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014



Rovermoot Kelana Ke-16 Gerik

Jika berminat, sila hantar senarai nama semua sekali, dan No. IC/ untuk urusan sijil dan makluman kepada pihak Polis, Pesuruhjaya Daerah, dan Negeri. Emailkan kepada kelana16gerik@gmail.com



COMMUNITY DEVELOPMENT CAMP (COMDECA) Malaysia 2014

Kepada semua ahli kelana... marilah kita menyertai COMDECA 2014 pada 20-23 Mac 2014 yang dianjurkan Sekretariat Kelana Negara di Balok, Kuantan. Program ini adalah program khidmat masyarakat. Anda boleh like page Comdeca-2014 (Facebook) utk maklumat lanjut.

Adult In Scouting 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan bengkel Adult In Scouting 2014 peringkat kebangsaan pada 04 hingga 08 Mac 2014 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Selangor.

Oleh itu, pencalonan penyertaan dari semua negeri adalah dikehendaki. Bagaimanapun, penyertaan terhad kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan/atau Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja. Ini kerana bengkel ini bertujuan untuk membentuk polisi Adult In Scouting bagi Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan.

Bersama-sama ini dikepilkan butiran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman semua.


MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA NEGARA BAGI PENGGAL 2014-2016

Salam Pengakap..

MAKLUMAN: MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA NEGARA BAGI PENGGAL 2014-2016
Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat pemilihan Sekretariat Pengakap Kelana Negara bagi penggal 2014-2016 akan diadakan pada:

Tarikh: 26 April 2014 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Templer, Rumah BP, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, dipohon agar Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri masing-masing untuk mengadakan mesyuarat di peringkat negeri dan menghantar resume Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri ke Ibu Pejabat untuk tindakan seterusnya sebelum 20 MAC 2014.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI

Scouts of the World Award

Bermula tahun hadapan, PPM akan mula menggerakkan satu lagi Anugerah khusus untuk Pengakap Kelana, iaitu Scouts of the World Award. 

Scouts of the World Award adalah program daripad World Organisation of Scouts Movement dan hanya boleh dilaksanakan oleh PENERIMA ANUGERAH BP. 

Sesiapa yang ingin melaksanakan SWA, hendaklah menyelesaikan Anugerah BP terlebih dahulu. 

Pengakap Kelana Malaysia maju setapak lagi! 

Hidup Pengakap Kelana! 

Maklumat lanjut: 

23RD WoRLD scouT JAMBoREE

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the
Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan 23rd World Scout Jamboree pada 28 Julai
hingga 8 Ogos 2015 bertempat di Kirara-hama, Yamaguchi, Japan.


Rabu, 12 Jun 2013

Ahli Pasukan Pengakap Kelana G Terpilih Menerima Pingat Pengakap Negeri KLKM

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong bagi Majlis Pengakap Negeri KLKM dijangka akan diadakan di Universiti Utara Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 Jun 2013
Masa : Malam Acara : Rehersal Penerima Pingat Pengakap Negeri KLKM
Tarikh : 30 Jun 2013
Masa : Pagi Acara : Majlis Penyampaian Pingat Pengakap Negeri KLKM
Tarikh : 30 Jun 2013
Masa : Petang Acara : Mesyuarat Agong Negeri KLKM

Oleh itu, semua pihak yang terlibat dijemput untuk hadir dalam mesyuarat tersebut. Maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa.

Wakil daripada ahli Rover Sea Scout (Group G) Kuala Terengganu telah terpilih untuk menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) 2012.

1) Ahmat Yazid bin Maliki
Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut), Presiden Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) 2011-2012, Pasukan Pengakap KLKM UMT, Pensyarah Kolej Ranaco Education, Lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin UMT.
2) Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan 
Naib Presiden Majlis Pewakilan KLKM, Presiden KLKM 08 UniSZA, Presiden MPP UniSZA, Pelj. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian Sem 6) UniSZA.
3) Nasriah Fariha binti Ab.Hadi 
Setiausaha Majlis Pewakilan KLKM, Naib Presiden KLKM 08 UniSZA, Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut), Pelj. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian Sem 6) UniSZA.

Tahniah diucapkan!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jambori Antarabangsa Nepal ke 2

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa The World Buddhist Scout Brotherhood akan menganjurkan 2nd Symposium 2013 pada 1-21 Julai 2013 bertempat di Zanabazar Buddhist University, Gandategchenlin Monastery di Ulaanbaatar, Mongolia.

 Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

International Scout Leader Galicia

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa The Catholic Scout Movement akan menganjurkan lnternational Scout Leader pada 22 Julai hingga 4 Ogos 2013 bertempat di Galicia, Sepanyol. Borang penyertaan dan keterangan boleh didapati disini.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html



Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-9

25/05/2013
Melaka - Hujan yang turun dengan lebat dipagi hari tidak menghalang kelancaran majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB. Dato’ Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron yang juga selaku Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka. Majlis gilang gemilang itu yang turut disaksikan oleh ribuan para peserta turut menyaksikan penganugerahan ANUGERAH GEMILANG PRESIDEN kepada 9 orang tokoh Pengakap dari Malaysia dan Indonesia.


Antara yang menerima anugerah tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin, Dato’ Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir ( Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara ), Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ), Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak ), Tuan Haji Che Soh bin Muda ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu ) dan Tuan Haji Kasim bin Mohamad ( Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka )

Jambori antarabangsa ini dilaporkan telah menerima penyertaan melebihi 2600 peserta dari dalam serta luar negara serta bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dijalankan.

Perlantikan Encik Rofli bin Mohamad sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan

12/05/2013
Kuala Lumpur - Sekalung tahniah buat Encik Rofli bin Mohamad yang telah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru. Majlis pentauliahan telah berlangsung semasa Mesyuarat Exco Pengakap Negara Siri 1 yang lepas di Olympic Sports Hotel, Kuala Lumpur. Dalam reaksinya Encik Rofli menyatakan kegembiraan beliau atas lantikan tersebut dan menyatakan akan berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab demi memajukan pasukan Pengakap didalam wilayah tersebut.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

49th Basic Management Course melabuhkan tirainya

14/04/2013
49th APR Basic Management Course telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad 14hb April 2013 yang lalu. Majlis penutupan telah disempurnakan dengan jayanya oleh Naib Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia. Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan serta lagu pengakap dan diikuti dengan persetiaan pengakap serta doa selamat. Pesuruhjaya Latihan Pengakap Malaysia Datuk Paduka Haji Abdul Shukor bin Mohsin membuka tirai majlis dengan sedikit ucapan alu-aluan serta ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Selepas itu berlangsung majlis penganugerahan pingat-pingat jasa pengakap kepada beberapa orang individu termasuk Timbalan Canselor Universiti Sains Malaysia Professor Dato' Omar Osman sebagai menghargai sumbangan beliau kepada pergerakan Pengakap.

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kawasan Asia Pasifik / Asia Pacific Region Sub Committee Region

01/04/2013
Satu majlis makan malam sempena menyambut ketibaan semua ahli Mesyuarat APR Sub-committee telah diadakan pada 1hb April 2013. Majlis yang berlangsung di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang ini telah dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengalu-alukan semua peserta-peserta APR Sub-committee bahagian Pengurusan yang akan bermesyuarat pada 2hb April, 2013 di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Pulau Pinang.

Batu Maung. Penang 1st April 2013 - A welcome dinner had been organised by The Scouts Association of Malaysia to celebrate all the APR Sub-committee Meeting delegates at Pen Mutiara Restaurant. The official meeting will be held at Seri Malaysia Hotel at Bayan Baru, Penang.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

16TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE 2013 OMAN.

Maklumat daripada Sekretariat Pengakap Kelana Negara :

HEBAHAN PROGRAM.

16TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE 2013 OMAN.

Sukacita dimaklumkan Pergerakan Pengakap Dunia, Pejabat Wilayah Arab akan menganjurkan program seperti diatas pada butiran seperti berikut:

i) Tarikh 4-14 September 2013.
ii) Tempat: Oman
iii) Kelayakan: 18-25 tahun sahaja.

Majlis Penghargaan Kepada Ahli Pengakap Seumur Hidup.

17/03/2013
Balakong - Majlis meraikan serta pemakaian epolet kepada ahli Pengakap Seumur Hidup telah berlangsung di Pusat Latuhan Pengakap Malaysia di Balakong kelmarin. Seramai 9 orang ahli Pengakap telah diraikan pada majlis yang julung-julung kali diadakan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh ahli tersebut terhadap pergerakan Pengakap di Malaysia. Diharap dengan permulaan ini akan ada lebih banyak ahli Pengakap yang sudi mendaftar untuk menjadi ahli Pengakap Seumur Hidup serta bersama-sama mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Yang Baru.

15/03/2013
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara telah melantik YBhg. Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan. Penyampaian Tauliah dan majlis mengangkat sumpah telah disempurnakan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPN Kelantan pada 15 Mac 2013.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin diatas perlantikan tersebut.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk bersama Jawatan Kuasa Pelaksana Sambutan Hari Pengakap Malaysia Bersempena dengan Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2013

Tajuk Acara: Sambutan Hari Pengakap Malaysia ke 105 bersempena dengan Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2013

Tempat : Kem Dr. Shafie Salleh, Bagan Lalang
Tarikh : 22hb Ogos 2013
Jumlah Penyertaan : Minimum 2 pasukan 7 orang dari setiap negeri
Aktiviti : Pertandingan paintball peringkat kebangsaan.

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman Antara Malaysian Institute of Management dengan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Tyco International Advisory

Tanggal 13hb Ogos 2013 pada jam 1000 pagi, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) diantara Malaysian Institute of Management (MIM) dengan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan diadakan di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PULAPEM) di Balakong, Selangor. Majlis itu juga bakal disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Tuan P. Kamalanathan. Perjanjian persefahaman ini yang turut disertai oleh Tyco International Advisory adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap Malaysia supaya mendapat dan merebut peluang yang bakal disediakan oleh MIM dan Tyco demi memajukan diri serta pergerakan Pengakap di Malaysia secara amnya.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...