Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Isnin, 30 Januari 2012

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2

Vanue : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Price   :  RM 50 / Person
13 September hingga 16 September 2012
 


***Yuran ECROM sebanyak RM 50.00 seorang (Pengakap Kelana)
***RM50.00 seorang (Pemimpin) dibayar semasa pendaftaran/bank draft.
****Yuran Kebersihan sebanyak RM100.00

(Yuran ini meliputi sewaan khemah, aktiviti ECROM, Lencana 2nd ECROM, lencana Kelana, KIT, skaf, tag nama, sijil, dan kad aktiviti).


Perincian AKTIVITI 2nd ECROM

Segala pergerakan aktiviti adalah dalam bentuk berkumpulan atau krew. Setiap krew dianggotai oleh pelbagai institusi pengajian dan kaum.


***Scout Challenge
a.   Gunung Tebu Extreme
-Peserta perlu bemalam di atas puncak Gunung Tebu selama 1 hari 1 malam. Setiap peserta perlu menyerahkan pengesahan rekod kad kesihatan kepada fasilitator bertugas sebelum melakukan pendakian. Program akan bermula pada pagi hari Jumaat dan berakhir pada pagi hari Sabtu. Program ini diadakan untuk menguji ketahanan mental dan kecergasan fizikal peserta dalam pendakian  dan di samping mengambil ujian Lencana Ekstrem.

b.   Bycycle Expedition Challengek
-Ekspedisi berbasikal dari Kem Pengakap ke Kem Merang, Setiu (perlu melebihi 60KM) selama 1 hari 1 malam. Setiap peserta perlu menyerahkan pengesahan rekod kad kesihatan kepada fasilitator bertugas sebelum melakukan ekspedisi berbasikal. Program akan bermula pada pagi hari Jumaat dan berakhir pada pagi hari Sabtu. Program ini diadakan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal peserta dan memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan.

c.   Orienteering & Explorace (Berkayak)
-Peserta  akan mengikut satu perjalanan dan melakukan aktiviti berkayak. Peserta dapat menghayati dan mencintai alam melalui ekspedisi ini dengan aktiviti “cuci alam” seperti mengutip sampah di sepanjang perjalanan.

d.   Gadgets & Pioneering Project
-Peserta dapat meguji kemahiran mengenai ikatan dan simpulan dan di samping mengambil ujian Lencana Kemahiran
e.   Abseiling, Flying Fox dan Paint Ball
-Peserta dapat mencuba dan melakukan aktiviti lasak dan di samping untuk menguji keberanian, ketahanan mental dan kecergasan fizikal para peserta supaya tidak takut untuk berhadapan dengan bahaya.



     ***Beach Games (Bola Sepak Pantai, Tarik Tali Pantai, Bowling Pantai)
-Peserta akan dapat melakukan aktiviti kecergasan dalam bentuk pertandingan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan seperti bola sepak pantai, tarik tali pantai, dan bowling pantai. Program sebegini boleh memupuk semangat kesukanan diantara para peserta. 

***Backwood Cooking
-Peserta akan dapat mencuba memasak tanpa menggunakan alatan-alatan di dapur dan menguji kemahiran peserta untuk menyediakan sesuatu hidangan, di samping mengambl ujian Lencana Kemahiran. 

***Tarian Kebudayaan, Malam Kebudayaan Pengakap, Malam Gala ECROM (Camp Fire)
-Peserta dapat melakukan aktiviti dan mempelajari seni budaya melalui persembahan mengikut kebudayaan negeri atau negara lain. 

***Leadership Challenge (Radio Amatur & Tree Planting)
-Menguji kemahiran peserta berhubung dengan yang lain melalui radio amatur. Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Manakala melalui program tree planting boleh memupuk semangat peserta mencintai alam semulajadi. 

***Program Cerapan Bulan di Balai Cerap UniSZA
-Peserta boleh melihat dengan lebih dekat keadaan dan fenomena bulan. 

***Additional Activities (Photography Contest, Master Chef Scout Contest, Golden Voice Contest)
-Peserta boleh menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan. Dengan pertandingan sebegini ia boleh menguji kemahiran yang ada pada para peserta.

>_<  Info : Sekretariat KLKM UniSZA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...