Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Manikayu

Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada (Penolong Jurulatih Kebangsaan) Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahandiberikan kepada (Jurulatih) Leader Trainers untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.



Robert Baden-Powell sendiri mengenakan sejumlah enam manik yang dia serahkan kepada Sir Percy Everett ketika itu Timbalan Ketua Pengakap. Percy kemudiannya menyerahkan enam manik tersebut kepada Gilwell untuk dipakai oleh Ketua Kem Gilwell Camp Chief sebagai lencana pejabat.Tradisi ini masih kekal sehingga hari ini.

Manikayu pertama adalah diperbuat daripada biji manik yang dimiliki dan dikalung di leher Ketua Zulu bernama Dinizulu. BP berjumpa Dinizulu pada tahun 1888. Dalam sesuatu pejumpaan, leher Dinizulu dikalung dengan rantai yang sepanjang 12 kaki yang mempunyai lebih kurang 1000 biji manik.Apabila BP mencari sesuatu tanda untuk pemimpin yang tamat menjalankan kursus di Gilwell park, BP teringat rantai leher Dinizulu yang dihadiahkan kepadanya. BP mengambil dua ‘bead’ yang kecil dan membuat satu lubang kecil di tengah ‘bead’ dan bergantung dengan tali kulit. Inilah asalnya bagaimana manikayu telah wujud.

Latihan pada mulanya dijalankan oleh Robert Baden-Powell, pengasas Pengakap pada 8 September, 1919 di Gilwell. Pada penamat latihan, beliau menyerahkan setiap peserta satu manik kayu dari kalung yang dia terima dari Dinizulu, Zetua Zulu. Bekalan asal manik telah lama habis dan hanya salinan diberikan pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...