Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Jumaat, 15 Februari 2013

Objektif Berkhemah

Objektif bercamping (atau perkhemahan Pengakap) adalah:

(a) untuk menyampaikan keinginan budak2 kepada kehidupan diluar rumah dan mengamalkan ilmu2 kepengakapannya, dan

(b) untuk meyerahkan budak2 itu di tangan pemimpin pengakapnya untuk satu jangka masa tertentu bagi melatih budak2 tentang character dan initiatif dan dalam pembangunan pisikal dan moral.

Objektif2 ini akan gagal jika kem yang hendak di buat itu terlalu besar. Disiplin yang boleh di laksanakan dalam kem yang terlalu besar adalah disiplin ala tentera dan ini akan memusnahkan pembangunan dan inisiatif individu dari bertujuan untuk membanggunkan budak2 itu. Jika terlalu ramai budak2 kawad ala tentera perlu dia buat dan ini akan mengambil aleh amalan kepengakapan dan latihan mengenai alam semulajadi.

Oleh kerana itu Perkhemahan Pengakap hendaklah di buat secara kecilan… tidak lebih dari satu troop (kumpulan) dan tiap2 patrol seharusnya mempunyai khemah mereka sendiri dengan jarak lebih kurang 100 ela dari satu sama lain. Pemimpin hendaklah memerhatikan tindak tanduk tanggongjawab ketua patrol dari jarak jauh. Kawasan perkhemahan hendaklah di pilih tempat yang sesuai untuk kerja2 kepengakapan.
Kawasan perkhemahan pengakap…khemah2 tidak di bina seperti barisan tentera macam kita selalu buat di jambori2. Ianya hendaklah di asingkan mengikut Patrol dan semua patrol2 ini akan megelilingi khemah pemimpin mereka yang akan duduk di tengah2 bulatan tersebut dimana tiang bendera dan tempat unggun api diadakan.

Perlu di ingatkan bahawa system berpatrol bukan salah satu kaedah kepengakapan TETAPI ianya adalah kaedah yang satu-satunya dalam kepengakapan. Gagal melaksanakan system bepatrol ini maka gagallah latihan kepengakapan itu.

BP pernah kata, cara yang berkesan ialah dengan memberi tanggonjawab menjaga patrol kepada budak yang paling nakal diantara budak2 itu kerana dia mempunyai akal dan inisiatif yang lebih untuk membawa patrolnya kearah kejayaan.

Dalam setiap perkhemahan, Pemimpin hendaklah sentiasa memastikan budak2 menjadi ketua, menjadi kawan dengan budak lain dan sentiasa bersedia dan berfikiran kehadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...