Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Jumaat, 15 Februari 2013

SEJARAH SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP

SEJARAH SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP

Prinsip-prinsp Sistem Berpatrol mula di perkenalkan oleh pengasas Pengakap, Baden-Powell, semasa beliau berkhidmat dengan British Army di India. Sistem yang dia perkenalkan membolehkan anggota tentera beroperasi dalam kumpulan2 yang kecil dan mengunakan inisiatif mereka sendiri dalam keseluruhan perancangan peperangan di India.

Untuk mengembangkan idea tersebut didalam Tentera Darat, B-P menulis sebuah buku kecil “Aids to Scouting”. Buku ini sangat berguna dan praktikal sahingga ramai guru2 mengamalkan prinsip2 dari buku ini kepada prinsip2 kaedah mengajar mereka.

Apabila Pergerakan Pengakap ditubuhkan dan Buku “Scouting for Boys” di cetak, Sistem berpatrol telah menjadi salah satu elemen kepengakapan. Sistem berpatrol bukan sahaja memberi satu aspek cabaran kepada program kepengakapan dan tanggongjawab kepada budak2 itu sendiri, tetapi ianya menyesuaikan keinginan budak2 pada ketika itu untuk bergerak dalam geng di antara jiran2 dan sekolah masing2. Sebelum ini adalah geng2 ini yang berkeliaran di jalanan dengan secara langsong menubuhkan diri mereka dalam patrol dan memulakan Pegakapan.
Apa kah yang membuat budak2 menjadi begitu minat dan seterusnya mengembangkan pergerakan Pengakap hingga kini? Ianya adalah satu kombinasi aktiviti kembara yang sebenar didalam setiap program dan cabaran yang di tawarkan kepada “Geng” untuk mereka merancang aktiviti2 mereka sendiri dan bertanggongjawab terhadap disiplin masing2 tanpa campur tangan orang2 dewasa. 
Sistem berpatrol ini secara tersendirinya tidak akan berjaya hanya kerana keujudan nya sahaja. Untuk sesuatu system berpatrol ini menjadi bermakna, kembara mesti di ujudkan bersama.

Sistem berpatrol membenarkan budak2 untuk menubuhkan geng yang mereka pilih sendiri dan membenarkan ahli2 dalam patrol memilih ketua mereka sendiri.
Patrol dan Ketua Patrol memikul tanggongjawab untuk merancang dan menjalankan aktiviti2 dan menjaga disiplin patrol mereka. Setiap Patrol mesti tahu keseronokkan merancang dan melaksanakan kembaraan mereka sendiri, membuat keputusan2 sendiri dan belajar dari setiap kesilapan yang mereka lakukan.

Secara kolektifnya, semua patrol adalah bertanggungjawab kepada Piawaian dan tingkahlaku Troop. Tanggongjawab ini adalah di bahu setiap ketua patrol, dengan masa yang sama setiap ahli patrol mesti memainkan peranan masing2.

Kalau kita baca sejarah Kepengakapan, semasa Patrol Pengakap yang pertama di ujudkan, Pemimpin Pengakap tidak ujud, tetapi budak2 tersebut akhirnya sedar yang mereka perlu bantuan orang dewasa jika mereka hendak menjalankan aktiviti kembara yang lebih mencabar.

Adalah penting agar setiap patrol membuat perancangan mereka sendiri dan menyelesaikan masaalah mereka sendiri. Mereka hanya meminta nasihat dari Pemimpin2 troop jika perlu sahaja atau untuk mendapatkan bimbingan dan idea2 yang baru atau melakukan sesuatu yang diluar kuasa Patrol.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...