Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Khamis, 2 Ogos 2012

Amanat Ketua Krew Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut)

Salam pengakap,

Diharapkan ada di antara ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana G mampu mengambil peranan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya untuk pasukan kita. Sebarang urusan untuk mengadakan program berkenaan bolehlah dibincangkan dengan Pemimpin Kumpulan iaitu En. Rosdi Bodel. Semoga dengan adanya 2 program berkenaan dapat mendekatkan hubungan persaudaraan di antara ahli-ahli pasukan di samping dapat merealisasikan moto kumpulan dalam menjadikan kita satu pasukan sebagai satu keluarga.

Berpengakap dalam konteks berpasukan berarti kita mengamalkan prinsip berkawan tanpa membezakan pangkat, darjat ataupun keturunan, menitikberatkan struktur kerjasama dalam kumpulan demi mencapai hasrat serta objektif utama pasukan dan membuang sikap dan perilaku buruk seperti mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kumpulan.

Walaupun sesibuk mana kita... Walaupun sejauh mana kita berada... Walaupun setinggi mana cita-cita kita... Kita masih memandang LOGO yang sama... (^^,)

Jarak antara kita lebih kurang 500KM, tapi selagi ada ruang dan peluang, saya akan meluangkan masa untuk hadir dan menyertai program-program yang bakal Kelana G sertai dan kendali kelak. Jika ada di antara saudara/ri sekalian berminat untuk membuat program untuk pasukan, dan ingin tahu tips menguruskan program, sila jangan segan silu bertanya pada abg2 & kakak2 anda yang lebih senior kerana mereka lebih berpengalaman. Pendek kata, malu bertanya sesat jalan, malu mengorat menyesal tak sudah.

Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"







Ahmat Yazid bin Maliki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...