Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


AKTIVITI TAHUNAN

AKTIVITI TAHUN 2011

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 1 (25-27 FEBRUARI 2011)
Kursus Kepimpinan Manikayu merupakan kursus kemahiran pengakap yang melatih para peserta memiliki ilmu-ilmu pengakap yang secukupnya bagi melayakkan mereka memimpin serta mengiktiraf kredibiliti seseorang pemimpin pengakap. Justeru itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu telah mengambil peranan mengadakan Kursus Manikayu Peringkat 1 bertempat di Kem Telaga Batin pada 25-27 Februari 2011. Kursus ini telah disertai oleh pemimpin-pemimpin sekolah seluruh daerah Kuala Terengganu bagi membolehkan mereka memperoleh manikayu 2 Beads untuk pengiktirafan mereka sebagai seorang pemimpin pengakap. Di antara aktiviti yang telah dijalankan pada program tersebut adalah pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, taklimat kursus, malam persembahan dan pelbagai lagi. Pasukan Kelana Unit G (Laut) Daerah Kuala Terengganu telah menghantar 5 orang wakil untuk menyertai kursus tersebut.

 
EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG (9-12 MEI 2011)
Ia merupakan penglibatan julung kalinya dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) ke Ekspedisi Berakit Sungai Pahang anjuran Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dan Kerajaan Negeri Pahang yang telah diadakan selama 4 hari 3 malam bermula daripada Dataran Chenor dan berakhir di Pekan Waterfront, Pahang iaitu sejauh 118 KM bersempena dengan Hari Air Sedunia. Ekspedisi ini melibatkan 6 orang peserta bagi setiap perwakilan sama ada daripada badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan NGO (badan bukan kerajaan) dan penyertaan dari PPMNT ini adalah bertujuan bagi mempromosikan Jambori Malaysia ke 12 dan Terengganu International Scout Jambori 2011 di Kem Telaga Batin. Kelana Laut (G) Daerah K. Terengganu telah menghantar 2 orang wakil iaitu Ahmad Fadzil B. Mohd Fahmi (Ketua Kontijen) dan Ahmat Yazid B. Maliki.




JAMBORI 1BELIA 1MALAYSIA (27-29 MEI 2011)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) telah menghantar 1 Kontijen Pengakap Negeri Terengganu berjumlah 300 orang peserta terdiri daripada pengakap kelana, remaja, muda dan kanak-kanak untuk menyertai Jambori 1Belia 1Malaysia yang diadakan di Presint 2-3 Putrajaya selama 3 hari 2 malam. Pasukan Pengakap Kelana Unit G (Laut) Daerah K. Terengganu telah menghantar 11 orang wakil untuk menyertai program tersebut. Kontijen Pengakap Negeri Terengganu telah diketuai oleh Encik Ahmad Fadzil Mohd Fahmi dan di ikuti timbalan ketua ialah Encik Mohd Rosdi Abd. Razak. Program Jambori tersebut bertujuan mengumpulkan sejuta belia dan di antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah Expo Pendidikan, Karnival Kesenian, Jom Heboh, Tadarus Al-Quran, Larian Ekiden Antarabangsa, Auto-Show, Futsal dan pelbagai lagi.



KURSUS LENCANA KERIS EMAS PENGAKAP KANAK-KANAK & KURSUS LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA (7-9 APRIL 2011)
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan kursus perkhemahan selama 3 hari 2 malam sepertimana tajuk di atas bertempat di Kem Telaga Batin, K. Trg. Pasukan Pengakap Kelana Unit G (Laut) Daerah K. Terengganu telah menghantar 13 orang wakil untuk mengendalikan Kursus Lencana Kemahiran Pengakap Kelana yang telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 atas dari sekolah-sekolah seluruh daerah Kuala Terengganu. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah mengikut silibus pelajaran Skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana iaitu orienteering, pioneering, kawad, istiadat pagi, ikhtiar hidup dan juga penganggaran.






PRA-JAMBORI MALAYSIA KE 12
Program Pra-Jambori Malaysia ke 12 ini adalah sebagai program Jambori percubaan yang telah diadakan di peringkat Negeri Terengganu menerusi penyertaan dari pelajar sekolah-sekolah di seluruh daerah dalam Negeri Terengganu. Program ini bertujuan mengenalpasti sebarang permasalahan yang berkemungkinan berlaku dan persediaan yang diperlukan bagi menghadapi Jambori Malaysia ke 12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011 pada bulan November berikutnya. Pasukan Pengakap Kelana Unit G (Laut) Daerah Kuala Terengganu telah menghantar 9 orang wakil untuk menyertai program tersebut.
 
KURSUS KETUA PATROL & SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA & REMAJA
(7-9 JULAI 2011)

Program Kursus Ketua Patrol ini adalah perkhemahan 3 hari 2 malam menerusi Skim Lencana Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu bertempat di Kem Telaga Batin. Pasukan Pengakap Kelana Unit G (Laut) Daerah Kuala Terengganu telah menghantar 9 orang wakil untuk mengendalikan program tersebut bersama-sama pengakap kelana daerah yang lain. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah pengembaraan, kawad, istiadat pagi, orienteering, ikatan dan pelbagai lagi.
MESYUARAT TIDAK FORMAL SERTA SAMBUTAN HARI LAHIR AHLI KELANA LAUT G DAERAH KUALA TERENGGANU (23 JULAI 2011)
Program ini bertujuan mengumpulkan ahli-ahli Kelana Unit G (Laut) Daerah Kuala Terengganu bagi membincangkan program-program yang bakal disertai dan juga bagi menyambut hari lahir ahli-ahli Kelana G dari bulan Januari hingga Julai 2011. Secara tidak langsung program ini telah mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama ahli kumpulan serta mewujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih erat di antara ahli-ahli seiring dengan motto kumpulan “WE GROWTH THROUGH FAMILY”.

KEM LENCANA KERIS EMAS DAN PERAK UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK 
(21-23 JULAI 2011)
Program Skim Lencana Keris Emas dan Perak bagi Pengakap Kanak-kanak ini telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Losong bertempat di sekolah tersebut. Program ini telah dianjurkan bagi membolehkan setiap murid berpeluang mendapatkan Lencana Keris Emas iaitu bagi murid darjah 6 dan Keris Perak bagi murid darjah 4 dan 5. Program tersebut telah dikendalikan secara bersama di antara pihak sekolah dan Pasukan Pengakap Kelana Laut (G) Daerah Kuala Terengganu. Seramai 7 orang wakil Kelana Laut G telah turut serta bagi menjayakan program berkenaan di mana antara aktiviti yang telah diadakan ialah bahasa isyarat, ikatan dan simpulan, kawad, kembara berbasikal, pertolongan cemas, masakan rimba dan pelbagai lagi.




MAJLIS JAMUAN BERBUKA PUASA KELANA LAUT (G) DAERAH K. TRG. (27 OGOS 2011)
Bagi mengukuhkan ikatan tali persaudaraan sesama ahli Kelana G serta mewujudkan hubungan erat di antara ahli-ahli, pihak pengurusan persatuan telah mengadakan Majlis Jamuan Berbuka Puasa di Kanopi Urusetia Bazar Ramadhan, Taman Shahbandar, K. Trg dan program tersebut telah berjaya mengumpulkan seramai 14 orang ahli.


 
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KELANA LAUT (G) DAERAH K. TRG. (1 SEPTEMBER 2011)
Pihak pengurusan pasukan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Kelana Laut (G) Daerah Kuala Terengganu pada hari raya pertama bertempat di rumah Encik Mohd Rosdi Bin Abd. Razak. Program tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, ucapan dari penasihat program dan ketua krew serta bacaan doa dan jamuan bermula. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan 24 orang ahli.

KURSUS SKIM LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA (22-24 SEPTEMBER 2011)
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan perkhemahan selama 3 hari 2 malam sepertimana tajuk di atas bertempat di Kem Telaga Batin, K. Trg. Pasukan Pengakap Kelana Unit G (Laut) Daerah K. Terengganu telah menghantar 15 orang wakil untuk mengendalikan Kursus Lencana Kemahiran Pengakap Kelana yang telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah dari sekolah-sekolah seluruh daerah Kuala Terengganu. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah mengikut silibus pelajaran Skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana iaitu orienteering, pioneering, kawad, istiadat pagi, ikhtiar hidup dan juga penganggaran.


PENUBUHAN LAMAN FACEBOOK GALERI PENGAKAP KELANA DAERAH KUALA TERENGGANU (1 OKTOBER 2011)
Galeri Pengakap Kelana Daerah Kuala Terengganu telah dibuka pada 1hb Oktober 2011 ini bertujuan memudahkan para peserta program kepengakapan di daerah Kuala Terengganu yang terdiri daripada pelajar dan juga guru untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil pada setiap aktiviti kepengakapan yang diadakan di Terengganu. Dengan adanya galeri ini, maka para pelajar dan guru boleh menggunakannya untuk memuat naik/turun gambar-gambar atau untuk berbincang mengenai isu-isu kepengakapan di sini. Selain itu, berkemungkinan sebarang hebahan dari masa ke semasa mungkin boleh dibuat di sini berdasarkan keperluan. Penubuhan galeri ini telah dibuat oleh Pengurusan Pasukan Kelana Unit G (Laut) Daerah Kuala Terengganu disebabkan permintaan yang tinggi dari peserta-peserta program untuk melihat gambar-gambar mereka yang telah diambil ketika program berlangsung.


 
KURSUS SKIM LENCANA PENGEMBARAAN PENGAKAP KELANA (20-22 OKTOBER 2011)
Program ini adalah anjuran KLKM UnisZA dan ianya bertujuan membolehkan para peserta mendapatkan Lencana Pengembaraan melalui aktiviti pengembaraan berbasikal bermula dari UnisZA, K. Trg. ke Kem Merang, Setiu yang mana jaraknya lebih kurang 52 KM. Selain dari mengembara, peserta perlu mendapatkan barang-barang yang telah disenaraikan di samping cop dan pengesahan daripada ketua kampung atau dari mana-mana bertanggungjawab di checkpoint yang mereka berhenti. Selain itu, para peserta telah berkhemah selama 3 hari 2 malam di Kem Merang, sambil mengikuti program kepengakapan di sana seperti ikhtiar hidup, orienteering, ikatan dan simpulan, malam persembahan dan pelbagai lagi. Pasukan Pengakap Kelana Laut G Daerah K. Trg. telah menghantar 5 orang ahli untuk membantu mengendalikan program dan 2 orang lagi untuk menyertai program.


JAMBORI MALAYSIA KE 12 & TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011 (18-25 NOVEMBER 2011)
Jambori Malaysia ke 12 ini merupakan Jambori Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin serta penjenamaan semula Kem Telaga Batin kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Jambori ini telah berlangsung selama 8 hari 7 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Ianya telah disertai sekurang-kurangnya 11,000 ahli pengakap dari dalam dan luar negara. Pada jambori tersebut, Pasukan Pengakap Kelana Laut (G) Daerah K. Trg. telah menghantar seramai 19 orang ahli sebagai petugas jambori di mana 5 orang ahli bertugas di Sektor Siaraya dan 16 lagi bertugas di Sektor Logistik.


 
KURSUS SKIM LENCANA PERKHIDMATAN PENGAKAP KELANA (8-10 DISEMBER 2011)
Kursus ini telah dianjurkan oleh KLKM UnisZA selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosdi, Ketua Pesuruhjaya Negeri KLKM dan telah disertai seramai 45 orang ahli KLKM Unisza dan 12 orang ahli Kelana Laut G Daerah K. Trg. Aktiviti yang dijalankan bergantung sepenuhnya pada silibus Skim Latihan Pengakap Kelana bagi Lencana Perkhidmatan di mana antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Kursus Pertolongan Cemas (Bantu Mula) dikendalikan oleh Dr. Roszita daripada Pusat Kesihatan UnisZA serta Program Khidmat Masyarakat iaitu dengan membersihkan kawasan kem pengakap selama 6 jam dan Program Kitar Semula dan Lawatan ke rumah kebajikan masyarakat yang akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...