Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Ahli Pasukan Pengakap Kelana G Terpilih Menerima Pingat Pengakap Negeri KLKM

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong bagi Majlis Pengakap Negeri KLKM dijangka akan diadakan di Universiti Utara Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 Jun 2013
Masa : Malam Acara : Rehersal Penerima Pingat Pengakap Negeri KLKM
Tarikh : 30 Jun 2013
Masa : Pagi Acara : Majlis Penyampaian Pingat Pengakap Negeri KLKM
Tarikh : 30 Jun 2013
Masa : Petang Acara : Mesyuarat Agong Negeri KLKM

Oleh itu, semua pihak yang terlibat dijemput untuk hadir dalam mesyuarat tersebut. Maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa.

Wakil daripada ahli Rover Sea Scout (Group G) Kuala Terengganu telah terpilih untuk menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) 2012.

1) Ahmat Yazid bin Maliki
Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut), Presiden Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) 2011-2012, Pasukan Pengakap KLKM UMT, Pensyarah Kolej Ranaco Education, Lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin UMT.
2) Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan 
Naib Presiden Majlis Pewakilan KLKM, Presiden KLKM 08 UniSZA, Presiden MPP UniSZA, Pelj. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian Sem 6) UniSZA.
3) Nasriah Fariha binti Ab.Hadi 
Setiausaha Majlis Pewakilan KLKM, Naib Presiden KLKM 08 UniSZA, Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut), Pelj. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian Sem 6) UniSZA.

Tahniah diucapkan!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jambori Antarabangsa Nepal ke 2

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa The World Buddhist Scout Brotherhood akan menganjurkan 2nd Symposium 2013 pada 1-21 Julai 2013 bertempat di Zanabazar Buddhist University, Gandategchenlin Monastery di Ulaanbaatar, Mongolia.

 Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berharap agar YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua ahli pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

International Scout Leader Galicia

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa The Catholic Scout Movement akan menganjurkan lnternational Scout Leader pada 22 Julai hingga 4 Ogos 2013 bertempat di Galicia, Sepanyol. Borang penyertaan dan keterangan boleh didapati disini.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html



Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-9

25/05/2013
Melaka - Hujan yang turun dengan lebat dipagi hari tidak menghalang kelancaran majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB. Dato’ Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron yang juga selaku Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka. Majlis gilang gemilang itu yang turut disaksikan oleh ribuan para peserta turut menyaksikan penganugerahan ANUGERAH GEMILANG PRESIDEN kepada 9 orang tokoh Pengakap dari Malaysia dan Indonesia.


Antara yang menerima anugerah tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin, Dato’ Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir ( Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara ), Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ), Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak ), Tuan Haji Che Soh bin Muda ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu ) dan Tuan Haji Kasim bin Mohamad ( Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka )

Jambori antarabangsa ini dilaporkan telah menerima penyertaan melebihi 2600 peserta dari dalam serta luar negara serta bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dijalankan.

Perkampungan Pengakap 2013

Putrajaya - Selamat datang ke Perkampungan Pengakap yang diadakan bersempena dengan Festival Belia 2013. Festival yang berlangsung di Precint 2, Putrajaya ini bakal menyaksikan kehadiran ribuan ahli Pengakap dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh ahli Pengakap mahupun pihak penganjur. Disertakan sekali imej satelit akan lokasi sebenar tapak festival dan tapak perkhemahan untuk ahli Pengakap yang bakal menyertai.

Perhimpunan yang telah dilancarkan pada 15hb Mei baru-baru ini bakal berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.

Perlantikan Encik Rofli bin Mohamad sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan

12/05/2013
Kuala Lumpur - Sekalung tahniah buat Encik Rofli bin Mohamad yang telah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru. Majlis pentauliahan telah berlangsung semasa Mesyuarat Exco Pengakap Negara Siri 1 yang lepas di Olympic Sports Hotel, Kuala Lumpur. Dalam reaksinya Encik Rofli menyatakan kegembiraan beliau atas lantikan tersebut dan menyatakan akan berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab demi memajukan pasukan Pengakap didalam wilayah tersebut.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

49th Basic Management Course melabuhkan tirainya

14/04/2013
49th APR Basic Management Course telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad 14hb April 2013 yang lalu. Majlis penutupan telah disempurnakan dengan jayanya oleh Naib Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia. Dato Seri Paduka Dr. Haji Abd. Aziz Jamaludin bin Md. Tahir.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan serta lagu pengakap dan diikuti dengan persetiaan pengakap serta doa selamat. Pesuruhjaya Latihan Pengakap Malaysia Datuk Paduka Haji Abdul Shukor bin Mohsin membuka tirai majlis dengan sedikit ucapan alu-aluan serta ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Selepas itu berlangsung majlis penganugerahan pingat-pingat jasa pengakap kepada beberapa orang individu termasuk Timbalan Canselor Universiti Sains Malaysia Professor Dato' Omar Osman sebagai menghargai sumbangan beliau kepada pergerakan Pengakap.

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kawasan Asia Pasifik / Asia Pacific Region Sub Committee Region

01/04/2013
Satu majlis makan malam sempena menyambut ketibaan semua ahli Mesyuarat APR Sub-committee telah diadakan pada 1hb April 2013. Majlis yang berlangsung di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang ini telah dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengalu-alukan semua peserta-peserta APR Sub-committee bahagian Pengurusan yang akan bermesyuarat pada 2hb April, 2013 di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Pulau Pinang.

Batu Maung. Penang 1st April 2013 - A welcome dinner had been organised by The Scouts Association of Malaysia to celebrate all the APR Sub-committee Meeting delegates at Pen Mutiara Restaurant. The official meeting will be held at Seri Malaysia Hotel at Bayan Baru, Penang.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

16TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE 2013 OMAN.

Maklumat daripada Sekretariat Pengakap Kelana Negara :

HEBAHAN PROGRAM.

16TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE 2013 OMAN.

Sukacita dimaklumkan Pergerakan Pengakap Dunia, Pejabat Wilayah Arab akan menganjurkan program seperti diatas pada butiran seperti berikut:

i) Tarikh 4-14 September 2013.
ii) Tempat: Oman
iii) Kelayakan: 18-25 tahun sahaja.

Jambori MRSM SeMalaysia Kali Ke-25 2013

25/03/2013
Bertempat di tapak perkhemahan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang dengan seramai 800 orang peserta, Malam Indaba Jamboree dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Haji Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Dalam ucapan YB Dato’ KPPN telah melahirkan hasrat kepada kepimpinan tertinggi MRSM untuk membentuk satu komuniti yang khusus bagi melahirkan lebih ramai Pengakap Raja kepada Pengakap-pengakap MRSM. Beliau juga menyarankan agar pemimpin-pemimpin MRSM dihantar untuk berkursus dan mendapat latihan diperingkat negeri mahupun diperingkat negara. Selain dari itu, YB Dato’ KPPN menyarankan agar semua ahli ahli Pengakap MRSM menjalankan sistem pendaftaran pada tiap-tiap tahun agar perjalanan ahli-ahli Pengakap mengikut garis panduan dan prosedur Pengakap diperingkat kebangsaan.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html


Majlis Penghargaan Kepada Ahli Pengakap Seumur Hidup.

17/03/2013
Balakong - Majlis meraikan serta pemakaian epolet kepada ahli Pengakap Seumur Hidup telah berlangsung di Pusat Latuhan Pengakap Malaysia di Balakong kelmarin. Seramai 9 orang ahli Pengakap telah diraikan pada majlis yang julung-julung kali diadakan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh ahli tersebut terhadap pergerakan Pengakap di Malaysia. Diharap dengan permulaan ini akan ada lebih banyak ahli Pengakap yang sudi mendaftar untuk menjadi ahli Pengakap Seumur Hidup serta bersama-sama mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Pengakap Malaysia Menempa Sejarah Baru Multimedia.

17/03/2013
Balakong - Satu majlis ringkas menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) telah diadakan diantara Scout Human Resources Sdn. Bhd. dengan syarikat Spidercomm Sdn. Bhd. Majlis yang turut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir serta Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman juga dihadiri beberapa tetamu kehormat yang lain.

Dengan termeterainya perjanjian ini pihak Spidercomm Sdn. Bhd. akan menguruskan sebuah portal maya Pengakap yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya pada awal bulan May 2013 ini. Portal yang berkonsepkan sosial ini diharapkan akan menjadi satu platform untuk semua ahli Pengakap yang berdaftar untuk saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga akan menawarkan khidmat kedai maya dimana ahli Pengakap boleh menjual atau bertukar barangan kelengkapan Pengakap diantara mereka.

Diharap dengan adanya portal maya ini akan meningkatkan lagi martabat Pengakap Malaysia dimata dunia


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Perlantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Yang Baru.

15/03/2013
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara telah melantik YBhg. Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan. Penyampaian Tauliah dan majlis mengangkat sumpah telah disempurnakan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPN Kelantan pada 15 Mac 2013.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin diatas perlantikan tersebut.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Mesyuarat Penubuhan Yayasan Pengakap Malaysia

19/02/2013

BP House - Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa penaja bagi Penubuhan Yayasan Pengakap Malaysia. Pada pukul 3.00 petang, 19 Februari 2013, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menempa sejarah setelah 105 tahun penubuhan pengakap di Malaysia, satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Yayasan Pengakap telah diadakan di Ibu Pejabat Pengakap, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Abdul Kader Bin Md. Nor, iaitu Timbalan Pesuruhjaya Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia dan dihadiri oleh ahli jawatan kuasa penaja yang dilantik iaitu seramai 15 orang dari 23 orang kesemuanya.


Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk bersama Jawatan Kuasa Pelaksana Sambutan Hari Pengakap Malaysia Bersempena dengan Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2013

Tajuk Acara: Sambutan Hari Pengakap Malaysia ke 105 bersempena dengan Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2013

Tempat : Kem Dr. Shafie Salleh, Bagan Lalang
Tarikh : 22hb Ogos 2013
Jumlah Penyertaan : Minimum 2 pasukan 7 orang dari setiap negeri
Aktiviti : Pertandingan paintball peringkat kebangsaan.

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman Antara Malaysian Institute of Management dengan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Tyco International Advisory

Tanggal 13hb Ogos 2013 pada jam 1000 pagi, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) diantara Malaysian Institute of Management (MIM) dengan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan diadakan di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PULAPEM) di Balakong, Selangor. Majlis itu juga bakal disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Tuan P. Kamalanathan. Perjanjian persefahaman ini yang turut disertai oleh Tyco International Advisory adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap Malaysia supaya mendapat dan merebut peluang yang bakal disediakan oleh MIM dan Tyco demi memajukan diri serta pergerakan Pengakap di Malaysia secara amnya.

Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Makluman Program/ Bengkel / Kursus Bulan Jun 2013

1. Kem Pengakap Laut 

Tarikh : 14-16 Jun 2013
Lokasi : Taman Laut Pulau Tinggi Johor
Sasaran : PM, PR Pengakap Laut.



2. Adult In Scouting AIS

Tarikh : 19 - 24 Jun 2013
Lokasi : ISTAC Kampus UIAM
Sasaran : CSC, ASC, DC, ADC dan pengakap dewasa yang berminat
Bilangan Peserta ; Min 4 orang dari setiap negeri. Lebih peserta dibenarkan.
 Yuran : Yuran Adult In Scouting adalah RM250. Yuran termasuk makanan dan penginapan.

3. Bengkel Pertolongan Cemas. 

Tarikh : 28-30 Jun 2013
Lokasi : Rumah BP
Sasaran : DC, ADC dan mereka yang pernah kursus 1st Aid
Yuran : percuma termasuk penginapan dan makanan di BP House.

4. Mesyuarat Agong Negeri KLKM Dan Majlis Penyampaian Pingat Negeri KLKM 2013

Tarikh : 29-30 Jun 2013
Lokasi : Universiti Utara Malaysia
Kehadiran : ASC, DC, ADC

Pendaftaran Keahlian Pasukan Kelana G

Assalamualaikum. Kepada ahli-ahli kelana baru yang belum mengisi borang pendaftaran keahlian, bolehlah memuat turun borang keahlian tersebut dan mencetaknya sendiri dengan mengisi maklumat-maklumat yang berkenaan (dengan tulisan tangan) serta perlu diserahkan semula kepada Ketua Krew/ Pemimpin Kumpulan. Berserta yuran keahlian RM10 (RM5 untuk yuran keahlian pengakap dan RM5 untuk yuran kumpulan). Sekian, Harap Maklum.


Jambori Pengakap Dunia Ke-23 2015

Berikut adalah surat siaran berkaitan Jambori Pengakap Dunia Ke-23 yang akan diadakan di Jepun pada 2015.
Jambori Pengakap Dunia Ke-23 2015

APR Workshop on Environment Education in Scouting Taiwan

Berikut adalah surat siaran berkaitan APR Workshop on Environment Education in Scouting yang akan diadakan di Taiwan pada 2015.


Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah

Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sabah akan mengadakan Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah / Jambori Sabah Kedua 2013 pada 12-17 Ogos 2013 di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah.

International Jubilee Rover Week 2013

Dimaklumkan bahawa Kandersteg lnternational Scout Centre – World Scout Centre akan menganjurkan lnternational Jubilee Rover Week in Summer 2013 pada 14hb hingga 17hb Julai 2013 bertempat di Kandersteg lnternational Scout Centre, Swizerland.

Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai program yang diadakan beserta borang permohonan PPM bagi menyertai program tersebut. Bagaimanapun pihak penganjur telah menghadkan hanya dua orang sahaja ahli kelana dari setiap NSO.


1st World Scout Education Congress

Dimaklumkan bahawa World Scout Organzation Movement / Asia Pacific Region (WOSM/APR) akan menganjurkan 1st World Scout Education Congress pada 22-24 November 2o13.bertempat di BP lnternational House, Hong Kong. Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran dan bulletin mengenai program yang diadakan beserta borang permohonan PPM bagi menyertai program tersebut.


Asia Pacific Regional Workshop on Branding and lmage Management

Dimaklumkan bahawa World Organization Scout Movement / Asia Pacific Regional WOSM/APR) akan menganjurkan Asia Pacific Regional Workshop on Branding and lmage Management pada 25-28 September 2013 bertempat di Siem Reap Province, Cambodia. Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran mengenai program yang diadakan beserta borang permohonan PPM bagi menyertai program tersebut.


Adult In Scouting Peringkat Kebangsaan 2013

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus Dewasa Dalam Kepengakapan (Adult In Scouting) pada 19 – 24 Jun 2013 bertempat di Kampus ISTAC, UIAM, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Maklumat lain adalah seperti berikut:

Yuran Penyertaan : RM 250.00 seorang (termasuk makan/minum, penginapan dan bahan kursus)
Tarikh Pendaftaran : 19 Jun 2013 jam 12.00 tengahari
Tarikh Tamat Kursus : 24 Jun 2013 jam 4.30 petang

Antara kandungan kursus ini adalah dengan tujuan memberi penerangan, pendedahan dan latihan teknikal secara intensif mengenai polisi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Penyertaan seramai 3 orang dari setiap negeri (Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri) di pohon untuk menghadiri kursus tersebut.

Bengkel Pemantapan Aspek Pertolongan Cemas PPM 2013

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Persekutuan Pengakap Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Bengkel Pemantapan Aspek Pertolongan Cemas PPM 2013 seperti berikut:

Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2013
Pendaftaran : Mulai jam 3.30 petang hingga jam 8 malam (28 Jun 2013)
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Bayaran : Percuma (penginapan dan makan minum disediakan)

Matlamat bengkel adalah seperti berikut:-
 a) Mendapatkan maklumbalas daripada para peserta bengkel tentang isu-isu berbangkit melibatkan latihan ilmu pertolongan cemas di peringkat daerah dan kumpulan.
 b) Membincangkan cara-cara dan idea-idea untuk menyelaraskan ilmu pertolongan cemas dan kaedah ujiannya supaya suatu kaedah piawaian dapat diwujudkan untuk kegunaan ahli-ahli Pengakap di seluruh Negara.

PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA II: LENCANA PERKHIDMATAN 2013

Salam Pengakap,

PERHATIAN kepada ahli Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu yang berminat untuk mengikuti:

PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA II: LENCANA PERKHIDMATAN 2013
Tarikh: 20-22 Jun 2013
Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail

Sila dapatkan maklumat lanjut melalui En. Rosdi Bodel melalui talian 013-9305169.

Harap Maklum.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"

Pemakaian Tanda Pangkat dan Warna Epolet Persekutuan Pengakap Malaysia



Program Sambutan Hari Penyu Sedunia 2013

Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah menerima pelawaan WWF (World Wild Federation) untuk menyertai Program Sambutan Hari Penyu Sedunia 2013.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 JUN 2013 (Sabtu)
Tempat: Batu Burok, Kuala Terengganu
Bilangan ahli Pengakap yang diperlukan: 30 orang sahaja

**makan, t-shirt dan sijil drpd pihak WWF akan diberikan
**Pihak WWF dan PPM Negeri Terengganu tidak menyediakan sebarang pengangkutan ke tempat program tersebut.


Aktiviti Terbaru 2013

Program di Malaysia 2013
Info : http://www.pengakapmalaysia.org/



Siaran terbaru dari HQ PPM. (Program Ogos & September)


1a. 9th Asia Pacific Regional Air/ International Jamboree, 3 - 4 Ogos 2013 di anjur oleh Bharat Scouts & Guides India

1b. Berhubung dengan perkara di atas, HQ PPM akan membuka 1 stesen mula 0:00 hrs pd 2 Ogos hingga 4 Ogos 2013

1c. HQ PPM memohon juga setiap Negeri membuka 1 stesen juga sebagaimana masa dan tarikh di atas.

2. 16th International Youth Exchange Gathering For Cultural Exchange 2013 di Oman tarikh 4-14 Sept 2013.

"We Growth through Family"

Salam Pengakap,

Merujuk kepada perkara berbangkit di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 Pasukan Pengakap Kelana G berkenaan penngunaan perkataan dalam MOTTO:

"We Growth through Family"

Grow: Membesar/ Berkembang Grew: Utk Past tense

Growth lebih kepada: Pertumbuhan

Hakikatnya perkataan 'GROWTH' bolehlah disifatkan sebagaimana deskripsi berikut:

Increase: a process of becoming larger or longer or more numerous or more important;

Perkataan GROWTH itu sendiri bersifat subjektif, sesuai digunakan jika merujuk kepada keadaan pertumbuhan atau pertumbesaran atau kemajuan atau kejayaan.

Melalui rujukan dari laman:http://startingpoint.org/personal-growth-through-our-family-systems/ hasil nukilan: Vince DiPasquale, Jan 2012 bertajuk: Personal Growth Through our Family Systems


JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013!!!

Date : 16th - 21st of November 2013
Venue : Kulaijaya, Johor, Malaysia

This spectacular program of youth gathering have return in 2013 as the program continues as one of the biggest youth gathering in Malaysia, and the only event that offers excellent venue for the young generation satisfaction.


Manikayu

Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada (Penolong Jurulatih Kebangsaan) Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahandiberikan kepada (Jurulatih) Leader Trainers untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.


JamBe Belgium Belgium

For the very first time Scouts & Guides of Belgium are organizing international Jamboree with all the five Scouts & Guides Associations in Belgium... JamBe Belgium Belgium – A world of Imagination, will provide an Action Packed Adventure for 1200 participants – aged 14 to 18 - from all over the world.






Jumaat, 15 Februari 2013

The Scout Staff Practical

SUMBER : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151190385216011&set=o.151501468241510&type=1&relevant_count=1&ref=nf

BP LAST MESSAGE TO SCOUTS

 

HEBAHAN PROGRAM ANTARABANGSA

HEBAHAN PROGRAM ANTARABANGSA

Salam Pengakap & Salam 1 Malaysia!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kandersteg International Scout Centre- World Scout Centre akan menganjurkan International Jubilee Rover Week pada:

Tarikh: 14-17 Julai 2013
Tempat: Kandersteg International Scout Centre, Switzerland

Setiap NSO hanya dibolehkan menghantar 2 orang wakil sahaja. Oleh hal yg demikian, siapa cepat dia dapat.

Yuran dan perbelanjaan adalah dibawah tanggungan masing-masing.

Terima Kasih

SUMBER : Sekretariat Pengakap Kelana Negara

Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Sekretariat Pengakap Kelana Negara

Salam Pengakap & Salam 1 Malaysia!

Mesyuarat Agung Tahunan 2012
Sekretariat Pengakap Kelana Negara

Mesyuarat Agung Tahunan 2012 akan diadakan pada

3 Mac 2013 (Ahad)
BP House
9 pagi - 5 petang.

Setiap negeri telah diminta menghantar 2 orang sebagai perwakilan didalam Mesyuarat Agung kali ini. Surat sudahpun dihantar kepada semua negeri dan kepada semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Negeri.

Ini adalah peluang untuk semua ahli Pengakap Kelana menyuarakan pendapat anda. Setiap cadangan & kritikan adalah dialu-alukan kearah Pengakap Kelana yang lebih baik. Setiap cadangan hendaklah dihantar melalui perwakilan negeri masing-masing.

Berikan kami cadangan anda dan kami akan menengetengahkan untuk anda!

Dari Kelana untuk Kelana

Membership badge of The Scout Association prior to 1967


Objektif Berkhemah

Objektif bercamping (atau perkhemahan Pengakap) adalah:

(a) untuk menyampaikan keinginan budak2 kepada kehidupan diluar rumah dan mengamalkan ilmu2 kepengakapannya, dan

(b) untuk meyerahkan budak2 itu di tangan pemimpin pengakapnya untuk satu jangka masa tertentu bagi melatih budak2 tentang character dan initiatif dan dalam pembangunan pisikal dan moral.

Objektif2 ini akan gagal jika kem yang hendak di buat itu terlalu besar. Disiplin yang boleh di laksanakan dalam kem yang terlalu besar adalah disiplin ala tentera dan ini akan memusnahkan pembangunan dan inisiatif individu dari bertujuan untuk membanggunkan budak2 itu. Jika terlalu ramai budak2 kawad ala tentera perlu dia buat dan ini akan mengambil aleh amalan kepengakapan dan latihan mengenai alam semulajadi.

Oleh kerana itu Perkhemahan Pengakap hendaklah di buat secara kecilan… tidak lebih dari satu troop (kumpulan) dan tiap2 patrol seharusnya mempunyai khemah mereka sendiri dengan jarak lebih kurang 100 ela dari satu sama lain. Pemimpin hendaklah memerhatikan tindak tanduk tanggongjawab ketua patrol dari jarak jauh. Kawasan perkhemahan hendaklah di pilih tempat yang sesuai untuk kerja2 kepengakapan.
Kawasan perkhemahan pengakap…khemah2 tidak di bina seperti barisan tentera macam kita selalu buat di jambori2. Ianya hendaklah di asingkan mengikut Patrol dan semua patrol2 ini akan megelilingi khemah pemimpin mereka yang akan duduk di tengah2 bulatan tersebut dimana tiang bendera dan tempat unggun api diadakan.

Perlu di ingatkan bahawa system berpatrol bukan salah satu kaedah kepengakapan TETAPI ianya adalah kaedah yang satu-satunya dalam kepengakapan. Gagal melaksanakan system bepatrol ini maka gagallah latihan kepengakapan itu.

BP pernah kata, cara yang berkesan ialah dengan memberi tanggonjawab menjaga patrol kepada budak yang paling nakal diantara budak2 itu kerana dia mempunyai akal dan inisiatif yang lebih untuk membawa patrolnya kearah kejayaan.

Dalam setiap perkhemahan, Pemimpin hendaklah sentiasa memastikan budak2 menjadi ketua, menjadi kawan dengan budak lain dan sentiasa bersedia dan berfikiran kehadapan.

SEJARAH SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP

SEJARAH SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP

Prinsip-prinsp Sistem Berpatrol mula di perkenalkan oleh pengasas Pengakap, Baden-Powell, semasa beliau berkhidmat dengan British Army di India. Sistem yang dia perkenalkan membolehkan anggota tentera beroperasi dalam kumpulan2 yang kecil dan mengunakan inisiatif mereka sendiri dalam keseluruhan perancangan peperangan di India.

Untuk mengembangkan idea tersebut didalam Tentera Darat, B-P menulis sebuah buku kecil “Aids to Scouting”. Buku ini sangat berguna dan praktikal sahingga ramai guru2 mengamalkan prinsip2 dari buku ini kepada prinsip2 kaedah mengajar mereka.

Apabila Pergerakan Pengakap ditubuhkan dan Buku “Scouting for Boys” di cetak, Sistem berpatrol telah menjadi salah satu elemen kepengakapan. Sistem berpatrol bukan sahaja memberi satu aspek cabaran kepada program kepengakapan dan tanggongjawab kepada budak2 itu sendiri, tetapi ianya menyesuaikan keinginan budak2 pada ketika itu untuk bergerak dalam geng di antara jiran2 dan sekolah masing2. Sebelum ini adalah geng2 ini yang berkeliaran di jalanan dengan secara langsong menubuhkan diri mereka dalam patrol dan memulakan Pegakapan.

HISTORY OF THE ROVER SCOUTS

HISTORY OF THE ROVER SCOUTS
by Mior Rosli on Tuesday, 2 March 2010 at 04:40

Rover Scouting is a service division of Scouting for young men, and in some countries, women. A group of Rovers, analogous to a Boy Scout troop, is called a 'Crew.'

The section was started in 1918, following the successful growth of the Scout Movement, and was intended to provide a Scouting programme for young men who had grown up beyond the age range of the core Scout section. It was quickly adopted by the national Scouting organisations around the world.

Since Rover Scouting began, it has undergone many changes. Some national Scouting organisations no longer include a Rovering programme, but have replaced it with other programmes. In many of these countries, there are alternative Scouting organisations who maintain the original programme. Despite the differences in programmes, all organisations continue to provide a programme for young men, and sometimes women, into their early 20s.
Rovering provides enjoyable activities that combine personal development with meaningful service. A Rover Crew governs itself, but often has an older adult as a 'Crew Advisor' or 'Rover Scout Leader.' The founder of Rovering, Sir Robert Baden-Powell, called it a “brotherhood of open air and service.”

Lencana Pengakap Raja yang Pertama



Lencana Pengakap Raja yang Pertama, semasa Jajahan British dan selepas merdeka 

BP said on Leadership

BP said on Leadership....

LEADERSHIP is the keynote to success-- but leadership is difficult to define, and leaders are difficult to find. I have frequently stated that "any ass can be a commander, and a trained man may often make an instructor; but a leader is more like the poet-- born, not manufactured."

I could tell you of leaders whom I have found and how I found them-- but that is another story.

One can say, however, that there are four essential points to look for in a leader :

1. He must have whole-hearted faith and belief in the rightness of his cause so that his followers catch the contagion, and share his fanaticism.

2. He must have a cheery, energetic personality, with sympathy and friendly understanding of his followers, and so to secure their enthusiastic co-operation.

3. He must have confidence in himself through knowing his job. He thus gains the confidence of his men.

4. What he preaches he must himself-practise, thereby giving personal example to his team.

 The essentials of leadership might, in telegraphic brevity, be summed up as "Comradeship and Competence." These principles apply whether the leader is a County Commissioner or a Sixer, but with none is it of greater importance than in the District Commissioner-- not even excepting the Scoutmaster, great fellow though he is !


APR - ANNUAL EVENTS 2013



TRY IT!





JamBe Belgium Belgium


For the very first time Scouts & Guides of Belgium are organizing international Jamboree with all the five Scouts & Guides Associations in Belgium... JamBe Belgium Belgium – A world of Imagination, will provide an Action Packed Adventure for 1200 participants – aged 14 to 18 - from all over the world. 

International Scout Peace Camp 2012 Cibubur,Jakarta,Indonesia

International Scout Peace Camp 2012 Cibubur,Jakarta,Indonesia

Tarikh: 25/3/13 - 31/3/13
Tempat : Kem Bumi Perkhemahan Cibubur,Jakarta,Indonesia

International Scout Peace Camp 2013 - Indonesia
In collaboration with the World Scout Bureau/Asia-Pacific Regional Office, Gerakan
Pramuka is hosting the International Scout Peace Camp on 25-31 March 2013 at the Cibubur National Scout Campsite, Jakarta Province. The campsite is located at the eastern part of Jakarta.
*ELIGIBILITY : Rovers, both male and female between 18-25 years old. Total number of participants will be 500 Scouts out of which 250 will come from the 6 regions (each region will be represented by 40 persons and the rest of 260 will come from the Indonesia.

SUMBER : http://www.scout.org/en/around_the_world/asia_pacific/information_events/events/international_scout_peace_camp_2013_indonesia/#.UPEfvsybMIU.facebook




LAPORAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA UNIT PENGAKAP KELANA NEGERI TERENGGANU


PENGENALAN
Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu merupakan salah satu unit terpenting bagi melancarkan setiap perjalanan aktiviti anjuran PPM negeri malah bagi meneruskan kesinambungan perjalanan hidup seorang pengakap dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Dengan kewujudan Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu, pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPM negeri telah berjaya dilakukan dengan sempurna seiring dengan penyertaan Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu ke program-program anjuran PPM Pusat, Majlis Belia, KLKM dan juga badan-badan belia yang lain. Oleh itu, ianya memenuhi matlamat asas penubuhan pengakap kelana kebangsaan iaitu bagi memperkenalkan kerakyatan yang aktif, melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan persatuan, melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri, membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah dan mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISERTAI/DILAKSANAKAN
Berikut adalah penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana Negeri Terengganu :


Bulan
Tarikh
Aktiviti
Perkara
JANUARI
28 – 30 JAN 2012
KURSUS PENGURUSAN KETUA PATROL
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 35 orang
FEBRUARI
05 FEB 2012
PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W
Tempat : Dataran Shahbandar Kuala Terengganu
(Berkumpul : Hadapan Pintu Gerbang Warna Biru) Hingga Ke Stadium Tertutup Depan Hospital Nur Zahirah
Penyertaan : 20 orang
FEBRUARI
16 – 18 FEB 2012
KURSUS PENTAULIAHAN KETUA SEKAWAN
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 30 orang
MAC
08 – 10 MAC 2012
KURSUS LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA – LENCANA JAYA DIRI
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 35 orang
MAC
15 – 17 MAC 2012
KURSUS MANIKAYU TAHAP I & PENGENALAN UNIT PENGAKAP KELANA ANJURAN KLKM UNISZA
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 10 orang
MAC
24 MAC 2012
MESYUARAT TAHUNAN PPM
Tempat : Bilik Seminar Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.
Penyertaan : 10 Orang
APRIL
15 – 21 APR 2012
KURSUS MANIKAYU TAHAP II UNIT PENGAKAP KELANA ANJURAN KLKM UNISZA
Tempat : Unisza & Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 10 orang
APRIL
27 – 28 APR 2012
KONVOI JELAJAH HARI BELIA NEGARA (HIMPUNAN JUTAAN BELIA MEI 2012)
Tempat : Dari Bandar Kuala Terengganu Ke Bandar Kemaman
Penyertaan : 4 Orang
MEI
04 – 07 MEI 2012
SEROM (SELANGOR ROVERMOOT)
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,Semenyih
Penyertaan : 35 orang
MEI
24 - 27 MEI 2012
JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA (JAMBORI JUTAAN BELIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012)
Tempat : Putrajaya (Sub Kem 6).
Tempat Berkumpul : Dataran Merdeka (Jam 3.00 Petang Pada 24hb Mei 2012)
Penyertaan : 80 orang
MEI
24 - 28 MEI 2012
Jamboree On The Air (JOTA)
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 80 orang
JUN
28 – 30 JUN 2012
KURSUS MENYELAMAT DI AIR
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 15 orang
JULAI
15 JUL 2012
PROGRAM PELANCARAN ONE MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U) – PENGAKAP MENTRANSFORMASIKAN BELIA
Tarikh : 15 Julai 2012
Tempat : Esplanade, Klcc
Wakil : 40 orang
OKTOBER
01-04 OKT 2012
KOROBORI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 80 orang
OKTOBER
20 – 21 OKT 2012

JOTA JOTI 20-21 OCT 2012

Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 15 orang
NOVEMBER
08 – 11 NOV 2012
2ND EAST COAST ROVERMOOT
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 25 orang
DISEMBER
12 -17 DIS 2012
1MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL SCOUT JAM-MOOT
Tempat : Pantai Kok, Langkawi, Kedah
Penyertaan : 40 orang


RUMUSAN / KESIMPULAN
Di sepanjang tahun 2012, telah banyak aktiviti-aktiviti kepengakapan yang telah disertai dan dikendalikan oleh Pengakap Kelana Negeri Terengganu. Justeru itu, bagi mengekalkan kredibiliti dan keupayaan ahli-ahli Pengakap Kelana Negeri Terengganu, program pemantapan kendiri perlu dilaksanakan bagi membentuk ahli-ahli Kelana supaya lebih berbudaya saing dan berintegriti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...