Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Khamis, 2 Ogos 2012

Scout For Nature 2012

Scout For Nature telah dianjurkan pada hari ini bertempat di ZOO Negara poada 28 Februari 2010. Aktiviti kali ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama disamping membantu menjaga alam sekitar dan juga menjaga spesies haiwan yang terancam.

Pada kali ini, icon yang ditujukan kepada harimau malaya yang kini hanya tinggal 500 ekor sahaja di negara kita. pemburuan haram bagi mendapatkan tulang harimau dan daging yang akan digunakan untuk tujuan perubatan. Tetapi spesies ini kian terancam dan hampir pupus. diharap dengan adanya program seperti ini, dapat menyedarkan rakyat malaysia agar tidak terus membeli produk yang dikeluarkan dari spesies yang terancam ini.



Hari Pengakap Malaysia 2012

"...Selamat Menyambut Hari Pengakap Malaysia 01 Ogos 2012..."

 **Khasnya buat semua ahli Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut)**





Salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut)



Rovers Sea Scout (Group 'G' K. Trg)


Amanat Ketua Krew Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut)

Salam pengakap,

Diharapkan ada di antara ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana G mampu mengambil peranan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya untuk pasukan kita. Sebarang urusan untuk mengadakan program berkenaan bolehlah dibincangkan dengan Pemimpin Kumpulan iaitu En. Rosdi Bodel. Semoga dengan adanya 2 program berkenaan dapat mendekatkan hubungan persaudaraan di antara ahli-ahli pasukan di samping dapat merealisasikan moto kumpulan dalam menjadikan kita satu pasukan sebagai satu keluarga.

Berpengakap dalam konteks berpasukan berarti kita mengamalkan prinsip berkawan tanpa membezakan pangkat, darjat ataupun keturunan, menitikberatkan struktur kerjasama dalam kumpulan demi mencapai hasrat serta objektif utama pasukan dan membuang sikap dan perilaku buruk seperti mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kumpulan.


AKTIVITI PPM NEGERI SELANGOR 2012

Berikut adalah hasil dari Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Negeri Selangor bersama Pasukan Latihan dan Pasukan Program Negeri Selangor

1. KOROBORI SELANGOR 2012 - 28 September - 1 Oktober 2012
2. JAMBORI WANITA SELANGOR 2012 - 10 - 13 November 2012
3. Kem Lencana Perkhidmatan & Kem Lencana Jayadiri ~ Pengakap Remaja - 19 - 22 Oktober 2012*
* Tarikh mungkin berubah.

LOKASI AKTIVITI - MUTIARA SEMENYIH TRAINING VILLAGE & ECO RESORT.

books by Sir Robert Baden-Powell at the "Dump" Resources For Scouting.

Dear Scouts. Download scanned books by Sir Robert Baden-Powell at the "Dump" Resources For Scouting.
http://​www.thedump.scoutscan.com/​scouts.html









Majlis Pelancaran Asas Kerja 1 Malaysia Langkawi Geopark Maritime International Scout Jambore & Rovermoot

Makluman kepada semua!!!

Majlis Pelancaran Asas Kerja 1 Malaysia Langkawi Geopark Maritime International Scout Jambore & Rovermoot

Pada : 5.8.2012
Jam : 10.00pagi
 Bertempat : Dipusat Latihan Pengakap Balakong, Selangor...

Marilah kite beramai-ramai kesana untuk memeriahkan majlis tersebut...
Yang berada dikawasan kuala Lumpur&Selangor anda dialu-alukan ke sana beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.


"Perkembangan Jambori, pihak sekretariat akan berkunjung Hormat menemui YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 3 Ogos, untuk menyampai hasrat perlantikkan beliau sebagai Penasihat Utama Jambori. Malah kita berharap beberapa pandangan Tun untuk memantapkan lagi jambori yang bakal diadakan itu. Mohon rakan2 mendoakan yang terbaik. Kita lakukan kerana pengakap Malaysia boleh!!!"


***Yuran Jamboree RM60.00 seorang. Keutamaan akan diberikan kepada pengakap muda/remaja/kelana/Pandu Puteri***

Sabtu, 28 Julai 2012

Program Pelancaran 1M4U - Pengakap Mentranformasikan Belia

Program Perasmian Perlancaran 1 Malaysia For Youth telah diadakan pada 15 Julai 2012, bertempat di Esplanade, KLCC. Seramai 5 orang ahli Pasukan Kelana G (Unit Laut) Kuala Terengganu menyertai program perasmian tersebut diketuai oleh En Rosdi Ab.Razak. Kami bertolak dari Kuala Terengganu dengan menaiki van menuju ke SMK Cheneh Baru, Chukai, Terengganu untuk menaiki bus kira-kira jam 12.00 tengah malam bersama-sama ahli-ahli pengakap kelana sekolah serta guru-guru sekolah yang lain. Kami sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi. Program Perasmian Perlancaran 1 Malaysia For Youth tersebut telah berlangsung pada jam 2.00 petang dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. 

 


Langkawi Geopark Maritime International Scout Jamboree 2012

Info Terbaru !!!
Langkawi Geopark Maritime International Scout Jamboree 2012

 Tarikh : 12 Disember 2012

Memerlukan ramai kelana yang boleh membantu sebagai urusetia.jika sesiapa yang berminat.sila isi borang di bawah then emailkan ke konspirasi46@gmail.com / rovermootksa@gmail.com
Sila download - Borang Sukerelawan Jambori

Ilmu Pengakap Bagi Budak-budak (Scouting for boys)

"Masa yang paling seronok yang pernah saya rasa sebagai seorang budak ialah apabila saya , sebagai seorang Pengakap Laut , berlayar bersama-sama dengan empat orang saudara lelaki saya di sekitar pantai England ."

Ditulis oleh B.P. dalam tahun 1932 , perenggan pertama di dalam buku Ilmu Pengakap Bagi Budak-budak (Scouting for boys)

Sejarah Awal Pengakap Laut Sedunia

Diolah dari pelbagai sumber oleh: Mohd Hilmi Abu Bakar

Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell (BP) lahir di dalam sebuah keluarga yang terlibat secara intensif di dalam aktiviti marin dan kelautan. Kematian bapanya ketika berusia 3 tahun menyebabkan Lord BP menjadi begitu rapat dengan datuk di sebelah ibunya, Laksamana William Smyth. Datuknya memulakan kerjaya sebagai tentera laut bermula dari bawah dan berjaya menjadi laksamana pada 1863. Abang kepada Lord BP iaitu Warington Baden Powell yang lebih tua 10 tahun daripadanya memulakan kerjaya sebagai "Merchant Marine".

Warington Baden Powell adalah pengasas kepada pelayaran keno dan menulis sebuah buku bertajuk “Canoe Travelling: and practical hints on building and fitting canoes”. Beliau menjalani latihan kelautannya di HMS Conway selama 3 tahun sebelum menyertai Hotspur pada 1864.

Warington Baden Powell, abang kepada Lord Baden Powell yang membantu mengasaskan Pengakap Laut

Warington menyertai HMS Conway pada 1861 ketika berusia 14 tahun. HMS Conway adalah bekas kapal tentera laut yang berlabuh secara kekal dan digunakan sebagai tempat latihan. Sekitar tahun 1872, Lord BP dan abang-abangnya membuat ekspedisi menjelajah negaranya menggunakan keno. Mereka berkeno menuju ke arah punca sungai Thames hingga tiba di Wales. Dalam ekspedisi ini, mereka berkhemah dan memasak makanan menggunakan unggun.
Warington menukar pekerjaannya ke bidang undang-undang pada 1873 dan diterima menjadi King Counsel. Beliau memulakan usaha merekabentuk dan mengawai pembinaan kapal layar miliknya yang dinamakan Diamond. Terdapat banyak faktor mengapa Lord BP mengadakan perkhemahan Pengakap yang pertama di Pulau Brownsea. Namun yang pasti, Pulau Brownsea membolehkan para peserta menaiki bot dan mengalami perjalanan di laut.
Dalam tahun 1908, lencana “seaman badge” adalah antara lima lencana kemajuan terawal yang dikeluarkan untuk ahli Pengakap. Lord BP sering menekankan bahawa “seorang Pengakap hendaklah tahu mengendalikan bot dan membawanya bersebelahan dengan kapal secara selamat”. 

Pada 1909, perkhemahan Pengakap yang ketiga diadakan Beaulieu River dan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti air. Perkhemahan di Beaulieu menyedarkan Lord BP tentang potensi dan peranan Pengakap Laut. Oleh itu, beliau mengamanahkan kepada abangnya Warington untuk menulis buku panduan tentang Pengakap Laut. Warington telah membentangkan ideanya tentang Pengakap Laut di dalam Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911.

Sebaik sahaja Pengakap Laut diumumkan, banyak pasukan Pengakap terutamanya di kawasan pantai mahu bertukar kepada skim baru ini. Ramai bekas pelayar dan pelaut yang berminat untuk menjadi Pemimpin Pengakap Laut. Antara pasukan-pasukan awal Pengakap Laut di England ialah:

- 1st Cleethorpes
- 1st Ratcliffe, London
- 1st Skegness
- Hamble Sea Scouts
- Gibraltar Sea Scouts

Warington Baden Powell telah mengeluarkan buku panduan untuk Pengakap Laut bertajuk “Sea Scouting and Seamanship for Boys” pada tahun 1912.Di dalam bukunya, Warington menyatakan dengan jelas bahawa:

“Pengakap Laut adalah cabang kepada pergerakan Pengakap” & “Pengakap diutamakan dahulu, selepas itu barulah pelaut” (Scout first, Seaman afterwards)

Undang-undang, organisasi, lencana, pangkat, pakaian seragam dan nasihat tentang latihan dinyatakan dengan jelas:
"Pengawal pantai atau pesara tentera laut akan digunakan untuk menguji lencana. Adalah dinasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang "bapa laut" (sea dad) iaitu sama ada pengawal pantai, bekas pegawai tentera laut atau kelasi kapal nelayan.

Buku panduan Pengakap Laut yang kedua ialah “Seamanship for Scouts” yang ditulis oleh Lt. Stuart Garnett pada 1915 di mana buku ini adalah lebih mendalam berbanding buku pertama. Warington Baden Powell meninggal dunia pada 24 April 1921 akibat penyakit tuberculosis. Dipercayai bahawa penyakit ini menghalang beliau memegang jawatan sebagai Chief Sea Scouts.

8th Asia Pacific Regional - Air Internet Jamboree 2012 [JOTA 2012 3 - 5 OGOS]

8th Asia Pacific Regional - Air Internet Jamboree 2012
3,4 & 5 August, 2012

JOTA 2012
3 - 5 OGOS
***On-Line
***on air
internet, walkie-talkie, siaran radio amatur gelombang 9M2PPM, sidang video dan guna handphone yg canggih

Station Jota 9M2PPM
Malaysia Scouts Head Quarters APR-AIJ will be held in Malaysian Scouts Training Centre, Balakong, Selangor

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari http://www.qsl.net/9m2ppm/ dan Unit-Komunikasi - PASUKAN LATIHAN NEGARA PPM
hanya untuk tujuan INFORMASI, DATA dan FAKTA ASAS berkenaan
dengan RADIO SCOUTING dan JOTA-JOTI DI MALAYSIA sahaja. Terima kasih.

sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan program-program tersebut, boleh menghubungi :

Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel: 603 20780836
Fax: 603 20709057

JOTA JOTI 20-21 OCT 2012


Pengambilan perajurit muda TUDM siri 48/13

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia 
Untuk pengetahuan semua pengambilan perajurit muda TUDM siri 48/13 akan ada pengambilan bagi wanita. Bagi yang berminat boleh lah menghantar resume dan salinan ic,gambar ukuran pasport dan sekeping gambar 3R penuh,sijil berenti sekolah,spm,sijil lahir serta sampul surat beralamat sendiri beserta setem rm1 ke:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN,
TINGKAT 7,MENARA TH SELBORN,
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR...

Sekian untuk makluman semua.... sblm 30 Ogos 2012

EKSPEDISI BERBASIKAL UNIT PENGAKAP KELANA 2012

Salam Pengakap

EKSPEDISI BERBASIKAL UNIT PENGAKAP KELANA 2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan program berikut :

Tarikh : 05 hingga 07 Julai 2012 (Khamis hingga Sabtu)
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu

Bayaran Pendaftaran : RM 50.00 untuk seorang peserta
- Sewa tapak RM 5.00 untuk 3 Hari 2 Malam seorang peserta
- Lencana Ekspidisi RM 3.00 sekeping
- Pengurusan Aktiviti RM10.00 seorang peserta
- Sijil RM 2.00 sekeping
- Makan minum untuk 3 Hari 2 Malam RM 30.00

Masa : 2.00 petang - Lapor diri dan pendaftaran ( 05 Julai 2012)
: 12.00 tgh - Dijangka ekspidisi selesai (07 Julai 2012)


Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Barbeque Pasukan Kelana G (Unit Laut)

Salam Pengakap,

Majlis Barbeque telah diadakan untuk ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana G pada :

Tarikh: 22 Jun 2012 (Jumaat)
Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Masa: 6.00 petang - 11.00 malam
Pemakaian: Baju T-Shirt Aktiviti Kelana G (Oren)

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"


14th World Scout Moot Canada 2013

An international gathering of Scouts between 18 and 25 years of age, the 14th World Scout Moot Canada 2013 will be held for the first time in North America on August 8-18 2013.
 
 

APR Workshop on Community-Based Scouting

Dhanraj Baid Jain College, Thorappakkam, Chennai, India, 21- 24 September 2012 Elibigilty: CBS Coordinators and Key leaders at national level from NSOs in the Asia Pacific region. Also welcomed are full time executives responsible for Youth programme activities.

Fees : USD 150.00, which will cover local transportation, food, accommodation
(twin sharing room) for five nights, workshop documents, seminar souvenirs and educational tour.
Those who are interested please contact me or Mr Kwong through email for invitation letter and form.

LAWATAN KE PANGKALAN UDARA TUDM KUANTAN June 8, 2012.


JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA 2012

SALAM PENGAKAP…!!

JAMBORI JUTAAN BELIA SEMPERNA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:-

TARIKH : 24 – 27 MEI 2012 (KHAMIS – AHAD).
TEMPAT : PUTRAJAYA (SUB KEM 6).
BAYARAN PENYERTAAN : ?? SEORANG (MELIPUTI GOODIES BAG TERMASUK SIJIL PENYERTAAN, KOS PENGANGKUTAN, INSURANS DLL).
TEMPAT BERKUMPUL : DATARAN MERDEKA (JAM 3.00 PETANG PADA 24hb MEI 2012).


 

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PEMIMPIN KELANA G

Salam Pengakap,


MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PEMIMPIN KELANA G

Adalah dengan ini maklumat berikut dirujuk,

Tarikh: 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa: 11.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Cafe VIP, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail

Bagi meraikan hari lahir Pemimpin Pasukan Kelana G, En. Rosdi Abd. Razak serta beberapa ahli-ahli yang lain, Majlis Tertinggi telah mengadakan sebuah majlis sambutan hari lahir sebagaimana maklumat yang telah dilampirkan. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan. Program yang diadakan telah berjalan dengan lancar dengan permulaan bicara dari Pengerusi pasukan, diikuti ucapan alu-aluan dari Pemimpin Kumpulan, En. Rosdi Bodel dan seterusnya bacaan doa dari saudara Tengku Iman. Seterusnya adalah penyampaian anugerah kecemerlangan pasukan kepada saudara Fatah Classic di atas kecemerlangan beliau sebagai ahli paling aktif dan berkebolehan di sepanjang tahun 2011/2012. Tahniah diucapkan dan semoga pada masa depan majlis seperti ini dapat diadakan lagi.

Sekian, terima kasih.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"

Selangor Rover Moot 2012

Selangor Rover Moot 2012
4-7 Mei 2012
 

Jumaat, 8 Jun 2012

KEMAHIRAN BERPENGAKAP


IKATAN DAN SIMPULAN



1.0 MAKLUMAT BAHAN BANTU MENGAJAR



Tajuk pembelajaran yang dimuatkan dalam bahan bantu mengajar iaitu ikatan dan simpulan. Terdapat lapan sub topik dalam bahan bantu mengajar ini iaitu objektif, pengenalan, simpulan manuk, simpulan buku sila, simpulan tindih kasih, simpulan rama-rama, situasi penggunaan dan kesimpulan. 



1.1 OBJEKTIF

Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :

Psikomotor :
Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul.

Kognitif : 
Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul.

Afektif : 
Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.


1.2 PENGENALAN

Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan. 

i. Simpulan (knotting)

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing)

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak 

iii. Sambat (splicing)

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. 

iv. Mematikan hujung tali (whipping) 

Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.


1.3 SIMPULAN MANUK

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.• Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet. 





1.4 SIMPULAN BUKU SILA

Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat. 


1.5 SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian, penyambung kepada khemah. 


1.6 SIMPULAN RAMA-RAMA

Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan. 


1.7 SITUASI PENGGUNAAN

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut, tempat pinggan mangkuk, ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari.

1.8 KESIMPULAN

Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki, kehidupan seharian, memancing, seni, pengakap, mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya.


Rujukan: http://cikguwanupsi.blogspot.com/2011/03/bahan-bantu-mengajar-ikatan-dan.html
Dikemaskinikan oleh: Yazid Maliki

Isnin, 5 Mac 2012

MENGAPA GENERASI BELIA PERLU MENYERTAI PENGAKAP?


Salam Pengakap,

Masih ramai yang kurang jelas mengenai kelebihan-kelebihan yang bakal diperoleh oleh seseorang jika mereka menyertai pengakap. Apa yang pasti, pengakap sudah cukup sinonim dengan zaman persekolahan di mana ianya merupakan Badan Beruniform yang telah lama wujud sebelum hadirnya Persatuan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba, Puteri Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika seseorang pengakap dewasa memakai baju pengakap, akan wujud situasi stereotaip yang menyamakan pengakap dewasa itu seperti budak-budak.Memang benar pengakap wujud melalui ilham Lord Baden Powell hasil dari pengalaman beliau di medan perang di mana beliau telah menggunakan kanak-kanak bagi tujuan meninjau (scouting) pergerakan musuh. Hasil dari kejayaan beliau mengadakan perkhemahan untuk kanak-kanak di Pulau Brownsea serta pengalaman beliau ketika menjadi askar di India dan Afrika maka pergerakan pengakap telah berkembang melalui kewujudan buku nukilan Lord Baden Powell yang bertajuk "Scouting for Boys". 



Seterusnya, Lord Baden Powell juga telah mengarang buku bertajuk "Rovering for Success" di mana banyak menceritakan berkenaan kejayaan bukan sahaja hadir melalui wang dan kuasa, tetapi ia lebih kepada kegembiraan yang dikecapi di dalam hidup. Lord Baden Powell menghuraikan kepuasan hidup itu bukan hanya pada wanita, arak, pertaruhan, politik dan pelbagai lagi perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan pemikiran seseorang, tetapi kegembiraan/kebahagiaan itu perlu dikecapi melalui perkara-perkara positif yang mana bukan sahaja membentuk keperibadian mulia seseorang malahan memberi kepuasan hidup terhadap individu. Oleh itu, usaha bagi mengawal perbuatan seseorang belia itu dari terjebak dengan perkara-perkara tidak berfaedah/negatif adalah melalui keseronokan aktiviti yang diperoleh dalam pergerakan pengakap itu sendiri. 



Oleh itu, MENGAPA PERLU MENYERTAI PENGAKAP? 

Persoalan itu boleh dinilai dari sudut pandangan seseorang individu tetapi bagi penulis, berikut adalah jawapan penulis pada persoalan tersebut: 


  1. PENGAKAP MEMBENTUK SESEORANG MENJADI LEBIH BERDISIPLIN, BERKEYAKINAN, BERILMU & BERKETRAMPILAN - Walaupun pengakap bukanlah Persatuan yang menyamai Unit Beruniform yang terdapat di Malaysia seperti Kadet Polis, Kadet Bomba dan Askar, tetapi ia menawarkan asas disiplin yang menyamai setiap persatuan tersebut. Dalam pengakap adanya aktiviti Kawad Kaki dan Kawad Tongkat. Ianya bertujuan membentuk seseorang ahli pengakap untuk lebih berdisiplin, mematuhi peraturan dan arahan dari orang atasan. Melalui program latihan kepengakapan, seseorang itu akan berpeluang menonjolkan diri masing-masing melalui kemahiran dalam sesuatu aktiviti seperti masakan rimba, pioneering, orienteering dsbnya di mana ianya menjadikan seseorang ahli pengakap itu lebih berkeyakinan untuk menunjukkan kemahiran beliau serta perkongsian ilmu pengetahuan sesama ahli-ahli pengakap menjadikan mereka lebih berkualiti, berketrampilan dan berdaya saing. Aktiviti pengakap itu menjadikan diri seseorang ahli pengakap lebih kreatif dan inovatif (melalui aktiviti Pioneering/Gajet) serta mampu mencorak keperibadian diri mereka untuk menjadi seorang insan yang baik budi pekertinya bersesuaian dengan syariah Islam itu sendiri. 
  2. MENGENALI BUDI PEKERTI RAKAN MELALUI KEPENGAKAPAN - Untuk mencari rakan-rakan yang ketawa bersama adalah amat mudah, tetapi untuk mencari seseorang rakan yang menangis bersama kita itu amat payah sekali. Jelas ayat itu mengambarkan kesukaran bagi seseorang untuk mencari teman yang sejati. Walaupun sudah agak lama anda mengenali seseorang itu, kadang-kadang anda tidak akan dapat mengenal dia sepenuhnya. Tetapi melalui aktiviti kepengakapan, ianya banyak membantu anda mengenali rakan-rakan anda dengan sebaik-baiknya. Dalam merencanakan sesuatu program pengakap, apabila kita berurusan dengan rakan-rakan kita, akan ada antara mereka menunjukkan kesungguhan dan akan ada pula bersikap sambil lewa, dan akan ada antara mereka tidak mempedulikan tanggungjawab mereka. Dari situ, kita sudah dapat menilai/menganggar takat kredibiliti atau kebolehpercayaan terhadap seseorang rakan itu. Bila telah banyak dan telah lama anda mengikuti sesuatu program bersama rakan-rakan anda, telah banyak perkara yang anda kongsi dan lakukan bersama-sama, maka wujudnya ikatan persaudaraan yang kuat sesama anda, namun jika ada antara mereka mempunyai perangai pentingkan diri sendiri, anda sendiri dapat menilai melalui program kepengakapan. Seseorang yang baik budinya adalah seseorang yang sanggup membantu rakan dalam kesusahan, tetapi seseorang yang buruk perangainya adalah seseorang yang membiarkan rakannya itu bersusah-susah sendiri. 
  3. PENGAKAP MERANGKUMI SEGALA ASPEK KEHIDUPAN - Jika bercakap mengenai kadet polis & askar kelebihannya adalah belajar menggunakan senjata/ kawad, jika bercakap mengenai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) maka kelebihannya adalah rawatan cemas, jika bercakap mengenai kadet bomba & Pertahanan Awam maka kelebihannya adalah latihan menyelamat/ rawatan cemas/ kawad. TETAPI jika bercakap mengenai PENGAKAP, kelebihannya adalah simpulan & ikatan/ kawad/ rawatan cemas & bantu mula/ khidmat masyarakat/ aktiviti lasak  (pendakian, menyelam skuba, berakit di air deras, berkayak, eksplorasi gua, wall climbing, paintball & sukan-sukan ekstrem lain), pengembaraan (berbasikal, berdayung kayak/rakit/sampan, bermotorsikal, berkereta, berkenderaan awam dsbnya melalui jarak yg ditetapkan dalam silibus pengakap kelana, Kaji Cuaca), berkhemah, pioneering (membuat gajet2 pengakap), orienteering (latihan menggunakan kompas), ikhtiar hidup (memasang jerangkap, masakan rimba), latihan renang & menyelamat di air, kursus pengurusan risiko, Latihan Kepimpinan (kursus kepimpinan manikayu, pengurusan acara, kursus pemantapan, komunikasi dan pengucapan awam, pentadbiran), Latihan ICT (Teknologi Maklumat, Komunikasi & Perhubungan - Kod Morse/ Radio Amatur/ Isyarat Bendera Semaphore, Perhubungan Antarabangsa), Perkhidmatan (Memulihara Alam Sekitar, Khidmat Masyarakat), Malam Persembahan, Camp Fire dan pelbagai lagi. Huraian di atas jelas menunjukkan aktiviti kepengakapan adalah merangkumi segala aspek kehidupan dan melampaui segala aktiviti yang dijalankan oleh Badan-badan beruniform/ Persatuan2 mahupun Kelab2 lain. 
  4. AKTIVITI YANG BANYAK DAN PELBAGAI SEPANJANG TAHUN - Jika diperhatikan pada badan-badan uniform yang lain berkemungkinan kadet polis/ askar wataniah mungkin mempunyai banyak latihan seperti menembak di lapang sasar serta kawad kaki. Walaupun pengakap tidak mempunyai latihan menembak, tetapi pengakap mempunyai aktiviti-aktiviti yang banyak dan pelbagai sepertimana dihuraikan pada poin nombor 3 di atas di mana ianya melampaui kemampuan badan-badan lain dalam melaksanakan sesuatu program yang pelbagai sepanjang tahun. Tiada istilah pengakap hanya wujud sekadar untuk berkhemah. Setiap aktiviti kepengakapan itu disertakan dengan sijil penyertaan bagi peserta dan sijil penghargaan bagi fasilitator. Sijil-sijil tersebut amat berguna dalam memastikan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum luar melalui kepengakapan yang banyak & pelbagai tersebut menjamin kedudukan atau tempat bagi seseorang ahli pengakap untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik berbanding dengan ahli-ahli persatuan dan kelab yang lain di mana aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka terbatas pada matlamat kumpulan mereka diwujudkan. 
  5. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) ADALAH TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989) menerangkan kedudukan Pengakap di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Pengakap selaku NGO (Badan Sukarelawan) yang mendapat kedudukan istimewa di Malaysia. DYMM Yang Dipertuan Agong merupakan penaung bagi Pengakap Malaysia dan pemilihan Ketua Pengakap Negara adalah di atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong. 
  6. MENYERTAI JAMBORI ANTARABANGSA & KURSUS LATIHAN LUAR NEGARA - Melalui kepengakapan, setiap ahli pengakap berpeluang menyertai Jambori Antarabangsa/Luar Negara di mana mereka boleh mempelajari adat dan budaya serta seni tradisional masyarakat di negara lain, dan melahirkan ikatan persaudaraan sesama ahli-ahli pengakap di seluruh pelusuk dunia melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM). Kursus Latihan Kepimpinan luar negara selalu dianjurkan samada di peringkat Asia Pasifik mahupun Dunia. 
  7. PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA - Pengakap adalah bersaudara sebagaimana tertakhluk dalam Undang-undang Pengakap yang Keempat daripada Sepuluh. Pengakap bukan sahaja wujud di Malaysia malahan di seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan negara-negara luar mempunyai unit beruniform pengakap sahaja diperingkat persekolahan sepertimana di Indonesia dikenali sebagai Pramuka dan di Thailand dikenali sebagai anak serigala melainkan di Malaysia yang mana wujud persatuan-persatuan baru seperti kadet polis, bomba, askar dan banyak lagi. Namun di peringkat antarabangsa pengakap (scouts) merupakan pertubuhan yang cukup gah dan pengakap sentiasa mendapat layanan istimewa dari negara-negara luar jika kita melakukan lawatan ke tempat mereka.

Untuk itu rasanya telah cukup banyak huraian mengenai kelebihan pengakap yang penulis cuba gambarkan. Justeru itu diharapkan kepada sesiapa yang berminat dengan kepengakapan, cubalah berdaftar dengan mana-mana pasukan pengakap yang diingini kalian bagi membolehkan kalian memperoleh manfaat sebagaimana dinyatakan di atas. Apa yang pasti, adalah amat penting minat dalam diri seseorang itu membolehkan seseorang itu mencapai apa yang mereka inginkan dan mengecapi kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup mereka. Apa yang baik sememangnya datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu jelasnya dari kelemahan saya sendiri. 



Sekian, terima kasih. 


"WE GROWTH THROUGH FAMILY' 


Hasil Nukilan: Yazid Maliki (2012)

Isnin, 13 Februari 2012

LAMAN WEB RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Selamat Datang ke Laman Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Pautan kami terdahulu iaitu www.malaysiascout.org telah diberhentikan dan dialihkan ke laman sesawang yang terkini.

Welcome to the Official website of Scouts Association of Malaysia (PPM).  Our former website address  www.malaysiascout.org has been suspended and re-directed to this page.



MAKLUMAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN APRIL HINGGA OGOS 2012

Salam Pengakap..
Di bawah adalah senarai program/aktiviti yang baru diterima:

1. MAKLUMAN: 19TH NATIONAL SCOUT JAMBOREE (JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA THAILAND KE-19)
National Scout Organization of Thailand (NSOT) akan mengadakan 19th National Scout Jamboree pada:

Tarikh: 21 hingga 27 April 2012
Tempat: Vijiravudh National Scout Camp Sriracha,Chonburi, in the East of Thailand
Yuran: Tanggungan sendiri atau PPM Negeri

Tarikh pengesahan penyertaan adalah sebelum 28 Februari 2012 dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia untuk diproses dan dipanjangkan penyertaan kepada NSOT.
2. MAKLUMAN: 1ST INTER-REGIONAL AGORA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement-Asia Pacific Region (WOSM-APR) telah memanjangkan jemputan dari World Organization of the Scout Movement-European Region, akan menganjurkan 1st Inter-Regional Agora pada:

Tarikh: 17 hingga 22 April 2012
Tempat: Kandersteg International Scout Centre (KISC), Switzerland
Yuran: Tanggungan sendiri atau PPM Negeri

Umur: Tidak melebihi 22 tahun

Tarikh pengesahan penyertaan perlu dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) selewat-lewatnya pada 10 Februari 2012.

3. MAKLUMAN: NETHERLANDS NATIONAL JAMBOREE 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Scouting Nederlands akan menganjurkan Netherlands National Jamboree 2012 pada:

Tarikh: 23 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012
Tempat: Estate Velder in Liempde, municipality of Boxtel (NB), Netherlands
Yuran: Tanggungan sendiri atau PPM Negeri

4.MAKLUMAN: 11TH NIPPON AGOONOREE NATIONAL CAMP FOR THE SCOUTS WITH SPECIAL NEEDS (DISABLED)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Scout Association of Japan (SAJ) akan menganjurkan 11th Nippon Agoonoree National Camp for the Scouts with special needs (disabled) pada:

Tarikh: 2 hingga 6 Ogos 2012
Tempat: Kibougaoka Cultural Park, Shiga Prefecture, Japan
Yuran: Tanggungan sendiri atau PPM Negeri

Tarikh pengesahan penyertaan perlu dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012.

5. MAKLUMAN: 30TH ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT JAMBOREE 2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Scout Association of Japan (SAJ) akan menjadi tuan rumah 30th Asia-Pacific Regional (APR) Scout Jamboree sempena 16th National Jamboree of Japan pada:

Tarikh: 1 hingga 7 Ogos 2013
Tempat: Kirara-hama, Yamaguchi City, Yamaguchi Prefecture

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
1 MALAYSIA...
>>Nasriah Fariha binti Ab.Hadi<<

APR WORKSHOP ON MEMBERSHIP GROWTH REVIEW 2012

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement-Asia Pacific Regional (WOSM-APR) akan mengadakan APR Workshop on Membership Growth Review 2012 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 7 hingga 10 September 2012
Tempat: Rotunda Tenente Pedro Jose, Da Silva Louriero, Fortaleza De Taipa, Taipa Macau. 
Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (ppM) berharap agar yBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program ini kepada semua pemimpin pengakap diperingkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai program tersebut. Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri dan borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke lbu Pejabat PPM selewat-lewatnya akhir bulan Mei 2012.


BADEN POWELL SCOUT PEAK CLIMB 2012 IN NEPAL

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement-Asia Pacific Regional (WosM-APR) telah memanjangkan jemputan dari Nepal Scouts yang akan mengadakan Baden Powell Scout Peak Climb 2012 pada 05 hingga 17 september 2012 bertempat di Baden Powell Scout Peak (Urkema Peak) Lantang, North Kathmandu, Nepal tersebut. 
***Segala kos untuk menyertai program tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri atau PPM Negeri. Tarikh pengesahan penyertaan perlu dihantar ke PPM sebelum 31 Mei 2012 untuk dipanjangkan kepada Nepal Scouts dan salinan kepada Pejabat Asia Pasific Region.


ROVERMOOT SELANGOR 2012 (SEROM)

Salam Pengakap...
MAKLUMAN : ROVERMOOT SELANGOR 2012 (SEROM)

TARIKH: (Jumaat) 4 Mei 2012 - (Isnin) 7 Mei 2012
TEMPAT: Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,Semenyih
YURAN: RM 50.00 Kit Rovermoot (Lencana Rovermoot,Lencana Aktiviti,Skaf Rovermoot Kad Aktiviti,Tag Dan Lanyard Dan Aktiviti)

Aktiviti:

1. Sektor Air: Kayak, Tubing ,Merentas Tasik dan Keyakinan Diri.
2. Sektor Lasak: Paintball dan Trekking
3. Sektor Perkhidmatan: Menanam Pokok (Green Rovers),Perkampungan
Orang Asli dan Air Terjun Sungai Tekala.
4. Sektor Komunikasi: Signal Fox dan Radio Amatur
5. Lain-lain Aktiviti: Ceramah, Forum dan Malam Pengakap

Surat Siaran Akan Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat.. Sekian..Harap Maklum..

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
1 MALAYSIA...

Oleh: Sekretariat Kelana Selangor

PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN BAGI KATEGORI TAHAP ANUGERAH TAHAP KECEMERLANGAN PENDIDIKAN (PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN (PKP))

i) Penganugerahan ini diberikan bagi kategori tahap Anugerah Tahap Kecemerlangan Pendidikan yang berbentuk sijil dan pingat

ii) Kategori terdiri daripada calon lepasan Diploma dan Ijazah sahaja

iii) Setiap calon mestilah membuat permohonan dan menghantar penyertaan bagi setiap kategori

iv) Calon mestilah menghantar salinan keputusan peperiksaan akhir iaitu CGPA dan disahkan oleh dekan fakulti/ ketua jabatan universiti masing-masing

v) Calon mestilah mendapat keputusan CGPA 3.00 dan ke atas

vi) Syarat tambahan ialah calon mestilah aktif di dalam kepengakapan

vii) Calon juga mestilah menghantar resume beserta gambar berukuran passport/ gambar berpakaian uniform lengkap dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya negeri masing-masing

viii) Setiap permohonan yang dibuat mestilah dihantar sebelum pertengahan bulan Mac iaitu pada 15 Mac 2012

x) Calon terbuka kepada semua mahasiswa/ mahasiswi IPT

ix) Semua penyertaan mestilah dihantar melalui pos atau dihantar sendiri kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri KLKM pada MESYUARAT AGONG TAHUNAN MAJLIS KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM) TAHUN 2012 yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Februari 2012

xii) Segala makluman/ surat menyurat/ jemputan akan dihantar melalui email dan diwar-warkan melalui facebook

xiii) Penyampaian ini akan diberikan semasa berlangsungnya Program 2nd ECROM nanti. Pingat akan diberikan dalam bentuk sijil dan riben pingat (riben pingat yang tertulis tahap pencapaiannya tertera dan dipakai seperti riben-riben anugerah yang lain dan boleh dipakai sehingga menjadi pemimpin dan seterusnya tersusun sebelum riben Pingat Peringatan 100 tahun Pengakap Malaysia.

**Nasriah Fariha binti AB.Hadi
Naib Presiden KLKM 08 UniSZA

Ahad, 12 Februari 2012

ECROM | EAST COAST ROVER MOOT 2 DITANGGUH

Salam Pengakap,


Sebagaimana kita sedia maklum, program ECROM ataupun "East Coast Rover Moot" kali Kedua anjuran KLKM UnisZA dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu yang dijadualkan akan diadakan pada 5 hingga 8 April 2012 terpaksa ditangguh kerana masalah teknikal.

Berikut adalah maklumat mengenai tarikh penangguhan ECROM 2:

Tarikh: 13 hingga 16 September 2012
Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, K. Terengganu.

Manakala pada tarikh 5 hingga 7 April iaitu tarikh asal ECROM 2 patut diadakan akan digantikan dengan Program PRA-ECROM 2 | 2012 yang bakal melibatkan pengakap Kelana/KLKM/KLM seluruh negeri Terengganu.

Sekian, harap maklum.



NETHERLANDS NATIONALE JAMBOREE 2012 CANCELED

Dear scouts,

To our regret we must inform you that the National Jamboree will not take place this year. The reason for this are the number of applications which are much lower than expected. Continuing with a smaller event is not feasible due to financial reasons and we think it does not offer enough potential for a programme worthy for a National Jamboree. All the groups that have registered have already been informed by us.

Naturally, we are pretty bummed out by this. Many NJ-employees have already been involved in the preparations for this camp for months. Despite their great effort and enthusiasm we cannot make the fantastic event we had in mind happen. It turns out that at this point there is just not enough enthusiasm to participate in a large-scale scouting camp.

Hopefully there will soon be a new chance for those who had wanted to participate in this camp to participate in another large scouting event. As an alternative to the National Jamboree 2012 you could think of the Jamboree in Denmark, NICES in Nederweert (the Netherlands), the BrumJam in England or the Icelandic Jamboree. You can find some relevant information on the website of Scouting Nederland. Would you rather organise your own camp? There are still spots available on many scouting campsites and other (inter)national campsites.

Finally we would like to thank all the groups that have shown an interest in the National Jamboree 2012 for their enthusiasm and application. But above all we owe many thanks to all those volunteers who have been committed to organising this camp.

We hope to see you at one of the other nationwide events of Scouting Nederland!

Kind regards,

On behalf of the organising team of the National Jamboree 2012,

Richard and Carlo,
Camp chiefs National Jamboree 2012

CALON SPM, STPM PERLU AKTIF KOKURIKULUM MASUK UNIVERSITI

05/02/2012 3:44pm


TEMERLOH 5 Feb. - Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diingatkan supaya aktif dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana terdapat di mana pelajar tidak dapat menyambung pelajaran dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum ketika persekolahan.

Menurutnya, untuk memasuki universiti bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya seseorang pelajar memerlukan dua persediaan awal iaitu kelulusan akademik yang cemerlang dan 10 peratus pencapaian dalam kokurikulum.

"Tujuan utama bidang kokurikulum diberikan penekanan bertujuan melahirkan mahasiswa berjiwa kental, berkualiti tulen serta ketahanan diri dan bersedia menggalas tanggungjawab apabila diamanahkan.

"Kita mempunyai 20 buah universiti awam dan 80 buah universiti swasta di mana setiap pelajar mempunyai peluang untuk memohon sesuatu kursus dan perlu mengambil berat bidang kokurikulum supaya ia tidak menjadi satu penghalang bagi mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang disukai kelak," katanya. - BERNAMA


Gambar: Petikan berita daripada Akhbar Utusan Online

Rujukan: 

Jumaat, 10 Februari 2012

SEJARAH WOGEL GILWELL

Wogel pada mulanya dihasilkan oleh Bill Shankley pada tahun 1920, salah seorang pegawai di Gilwell Park. Beliau menghasilkan wogel corak Simpul Serban (Turk’s Head) yang berlilitan dua. Pada tahun 1943, John Thurman, Ketua Perkhemahan Gilwell Park berhasrat untuk mewujudkan suatu bentuk pengiktirafan bagi pemimpin yang telah menamatkan kursus latihan di setiap peringkat. Pada Tahun 1943 hingga 1989, wogel Gilwel dianugerahkan kepada pemimpin yang menamatkan kursus asas di Gilwell Park. Di Malaysia, setiap Pemimpin Pengakap yang telah selesai menjalani Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 adalah layak untuk memakai Wogel Gilwell.

Gambar: Wogel Gilwell

SEJARAH MANIKAYU

Apabila Gilwell Park dibeli untuk pergerakan Pengakap pada tahun 1919 dan latihan formal diadakan, BP rasa setiap pemimpin yang tamat dengan setiap kursus latihan patut menerima sesuatu sebagai pengiktirafan. Pada mulanya, BP ingin sesuatu hiasan yang dipakai pada topi Pengakap tetapi pada akhirnya memilih dua ‘bead’ yang kecil bergantung di topi Pengakap atau lubang butang kot yang digelar Manikayu (Wood Badge). ‘Bead’ bergantung di topi Pengakap akhirnya diganti dengan tali kulit dan digantung di leher sehingga hari ini.

Manikayu pertama adalah diperbuat daripada biji manik yang dimiliki dan dikalung di leher Ketua Zulu bernama Dinizulu. BP berjumpa Dinizulu pada tahun 1888. Dalam sesuatu pejumpaan, leher Dinizulu dikalung dengan rantai yang sepanjang 12 kaki yang mempunyai lebih kurang 1000 biji manik.

Gambar 1: Manikayu 2 Beads beserta skarf dan wogel Gilwell

Apabila BP mencari sesuatu tanda untuk pemimpin yang tamat menjalankan kursus di Gilwell park, BP teringat rantai leher Dinizulu yang dihadiahkan kepadanya. BP mengambil dua ‘bead’ yang kecil dan membuat satu lubang kecil di tengah ‘bead’ dan bergantung dengan tali kulit. Inilah asalnya bagaimana manikayu telah wujud.

Pada mulanya, manikayu adalah diperbuat dari ‘bead’ rantai leher Dinizulu. Dengan cepatnya pembekalan menjadi tidak mencukupi. Dengan itu, apabila seseorang pemimpin tamat latihan, ia akan diberi satu ‘bead’ yang asal dan satu bead lagi kena dibuat sendiri dengan mengunakan kayu yang didapati di Gilwell Park.

Gambar 2: Kursus Kepimpinan di Gilwell Park

Gambar 3: Manikayu yang digunapakai di seluruh dunia

Khamis, 9 Februari 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI - MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU

Gambar: Paparan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri bersama MPNT


Salam Pengakap,

TAHNIAH & TERIMA KASIH diucapkan kepada kesemua ahli Pasukan Kelana Laut G yang telah berjaya hadir dan menyertai Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 5 Februari 2011 (Ahad)
Tempat: Dataran Shahbandar, K. Trg.
Masa: 7.00 pagi

Perarakan tersebut telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 14 orang ahli Pasukan Kelana Laut G bagi menyertai perwakilan daripada Majlis Pengakap Negeri Terengganu yang diketuai oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, iaitu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu serta beberapa orang jurulatih negeri yang lain. Perarakan bermula daripada Dataran Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri dan penyertaan perarakan pada hari tersebut melibatkan pelbagai agensi kerajaan, NGO serta JKK seluruh daerah dalam Negeri Terengganu. Walaupun tidak menyertai perarakan tersebut, orang ramai turut berpusu-pusu berada di tepian jalan bagi menyaksikan dan menyokong para peserta perarakan sambil berselawat ke atas Nabi beramai-ramai.

Sekian, Terima Kasih.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"

THE CHALLENGE, Messenger of Peace




Isnin, 30 Januari 2012

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2

Vanue : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Price   :  RM 50 / Person
13 September hingga 16 September 2012
 


***Yuran ECROM sebanyak RM 50.00 seorang (Pengakap Kelana)
***RM50.00 seorang (Pemimpin) dibayar semasa pendaftaran/bank draft.
****Yuran Kebersihan sebanyak RM100.00

(Yuran ini meliputi sewaan khemah, aktiviti ECROM, Lencana 2nd ECROM, lencana Kelana, KIT, skaf, tag nama, sijil, dan kad aktiviti).


Perincian AKTIVITI 2nd ECROM

Segala pergerakan aktiviti adalah dalam bentuk berkumpulan atau krew. Setiap krew dianggotai oleh pelbagai institusi pengajian dan kaum.



Sabtu, 28 Januari 2012

PERBARISAN SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Salam Pengakap,


PERHATIAN kepada kesemua ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G Daerah Kuala Terengganu samada yang lama mahupun yang baru, anda telah diminta oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tn. Haji Othman untuk menyertai PERBARISAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 5hb Februari 2012 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Taman Shahbandar, Kuala Terengganu
Pakaian: Lelaki (Berbaju Melayu), Perempuan (Berbaju Kurung)

Kerjasama dari anda semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...