Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


LOGO & BENDERA

MAKSUD LOGO PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU

  1. Terdapat 3 kelopak pada lambang pengakap yang membawa maksud Persetiaan Pengakap iaitu: "Taat kepada TUHAN, Raja dan Negara", "Menolong orang pada setiap masa", "Menurut undang-undang Pengakap".
  2. Di dalam Kedua-dua kelopak terdapat bintang pecah lima (Berwarna Hijau) menandakan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap".
  4. Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua Negeri-negeri dalam Malaysia".
  5. Sauh dan tali yang terikat padanya menandakan ilmu-ilmu berkaitan perkapalan dan pelayaran adalah bidang yang diterokai dan dipelajari menerusi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut).
  6. Pelampung bermaksud ilmu pertolongan cemas dan keselamatan di laut menjadi salah satu cabang pembelajaran kepada ahli-ahli Kelana Laut G.
  7. Kuda Laut yang berbentuk seakan "69" mewakili tahun kelahiran bagi dua orang pengasas Kelana Laut G iaitu Mohd Rosdi bin Abd. Razak & Ahmad Fadzil b. Mohd Fahmi.
  8. 3 baris jalur air yang berolak di belakang Logo Pengakap menandakan 3 cabang pengakap yang ada di Malaysia iaitu Pengakap Darat (Umum), Laut dan Udara di samping warna biru tua pada jalur air tersebut mewakili warna utama Pengakap Laut.
  9. Warna biru muda di bahagian latar belakang logo melambangkan keamanan.
  10. Ikatan buku sila yang mengelilingi keseluruhan logo menandakan ikatan persaudaraan yang wujud melalui aktiviti kepengakapan merangkumi keseluruhan Persaudaraan Pengakap Dunia.
  11. Warna Kuning merupakan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta ianya melambangkan Pengakap tertakhluk kepada Sistem Raja Berperlembagaan.
  12. Warna Putih mencerminkan peribadi ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G yang bersih dan baik budi pekerti.
  13. Warna Merah adalah simbol keberanian setiap ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G dalam menempuhi cabaran dunia dan kesediaan mereka untuk "Berkhidmat Melalui Kepengakapan".
  14. Selain itu warna Kuning, Hijau, dan Merah yang terdapat pada Logo Pengakap menandakan unit-unit pengakap iaitu "Pengakap Kanak-Kanak", "Pengakap Muda" dan "Pengakap Remaja" yang perlu dibimbing dan dididik oleh Pengakap Kelana.  


BENDERA PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...