Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Isnin, 30 Januari 2012

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2

Vanue : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Price   :  RM 50 / Person
13 September hingga 16 September 2012
 


***Yuran ECROM sebanyak RM 50.00 seorang (Pengakap Kelana)
***RM50.00 seorang (Pemimpin) dibayar semasa pendaftaran/bank draft.
****Yuran Kebersihan sebanyak RM100.00

(Yuran ini meliputi sewaan khemah, aktiviti ECROM, Lencana 2nd ECROM, lencana Kelana, KIT, skaf, tag nama, sijil, dan kad aktiviti).


Perincian AKTIVITI 2nd ECROM

Segala pergerakan aktiviti adalah dalam bentuk berkumpulan atau krew. Setiap krew dianggotai oleh pelbagai institusi pengajian dan kaum.



Sabtu, 28 Januari 2012

PERBARISAN SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Salam Pengakap,


PERHATIAN kepada kesemua ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G Daerah Kuala Terengganu samada yang lama mahupun yang baru, anda telah diminta oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tn. Haji Othman untuk menyertai PERBARISAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 5hb Februari 2012 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Taman Shahbandar, Kuala Terengganu
Pakaian: Lelaki (Berbaju Melayu), Perempuan (Berbaju Kurung)

Kerjasama dari anda semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013


Rabu, 25 Januari 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 PERSATUAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU


Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) telah diadakan sebagaimana butiran berikut:


Tarikh: 20 Januari 2012 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat MPNT
Masa: 3.00 - 5.30 petang




Berikut adalah agenda mesyuarat berkenaan:

  1. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
  2. Membentangkan laporan tahunan
  3. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
  4. Perkara-perkara Berbangkit
  5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru
  6. Membahaskan usul-usul yang diterima
  7. Lain-lain perkara
  8. Ucapan penangguhan


PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU SESI 2012/2013

  1. Pemimpin Kumpulan: En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak
  2. Ketua Krew/Pengerusi: Ahmat Yazid bin Maliki
  3. Setiausaha: Mohd Firdaus bin Daud
  4. Bendahari: Nurul Syuhadah binti Zainal
  5. Kuartermaster: Abdul Fatah bin Mohd Zin 


GALERI GAMBAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 2 Pasukan Pengakap Kelana Laut G

EPOLET PEMIMPIN DAN PESURUHJAYA

*Sila tekan gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia




Ahad, 22 Januari 2012

BAJU AKTIVITI KELANA G

Salam Pengakap,

Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu telah secara rasminya mengeluarkan design baju aktiviti bagi ahli-ahli baru persatuan. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat (Hanya Ahli Persatuan Kelana G), sila hubungi kami dengan meninggalkan pesanan pada 'Posting' ini. Harga bagi baju ini adalah RM25 sahaja. Sekian, harap maklum.

Gambar: Design Baju Aktiviti Kelana Laut G

Jumaat, 20 Januari 2012

PERSETIAAN PENGAKAP


"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap."

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan. Gambarajah di bawah menunjukkan cara yang betul untuk membuat Persetiaan Pengakap.



PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP 

Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.
 

Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.
 

Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.
 

Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.
 

Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

Khamis, 19 Januari 2012

EAST COAST ROVER MOOT 2012

Salam Pengakap,

Program "EAST COAST ROVER MOOT" (ECROM) anjuran bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) dan Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) akan diadakan sebagaimana butiran berikut :-


Tarikh : 5 - 8 APRIL 2012,

Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin
Penglibatan : Kelanasiswa IPTA/S, & Ahli Kelana Malaysia
Yuran : RM50 Sahaja

PERHATIAN


Di antara aktiviti-aktiviti* yang bakal diadakan adalah:


i) Explorace

ii) Pengembaraan
iii) Ikhtiar Hidup
iv) Beach Game
v) Kelana Challenge
vi) Dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik

*Tertakluk pada perubahan


P/s : Mohon Kelanasiswa IPTA/S & Ahli Pengakap Kelana Malaysia yang berminat, Sila NYATAKAN NAMA, NO. TELEFON & ALAMAT EMAIL bagi memudahkan proses makluman program serta surat menyurat MELALUI email rasmi ECROM iaitu : ecrom2012@yahoo.com

BUKU SKIM LATIHAN DAN PANDUAN PENGAKAP KELANA

Salam Pengakap,

MAKLUMAN, bagi memudahkan urusan tandatangan penguji untuk setiap program mendapatkan 3 Lencana WAJIB dan 1 Lencana PILIHAN di atas borang yang diperakui oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, sebuah buku "SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA" telah dikeluarkan oleh PPM pusat. Buku ini mengandungi segala maklumat berkenaan Skim Latihan Pengakap Kelana termasuklah cara2 pemakaian epolet, sejarah pengakap kelana, jenis2 lencana dan tatacara perlaksanaan, dan pelbagai lagi TETAPI apa yang penting dari buku ini adalah BORANG2 PENGUJIAN untuk setiap program Lencana yg disertai serta BORANG PENCALONAN untuk mendapatkan peluang menyertai ANUGERAH BP.


Sehubungan dengan itu, adalah amat penting bagi setiap ahli2 Kelana G yg berusia bawah 26 tahun memiliki buku2 tersebut supaya dengan adanya buku tersebut, sebarang tandatangan penguji boleh terus direkod ke dalam buku ketika selesai melakukan aktiviti pada program Skim Lencana. Harga buku tersebut hanya RM6 SAHAJA di kedai TSCOUT.


Sekian, Harap Maklum.


"WE GROWTH THROUGH FAMILY"


*Sekadar makluman untuk semua ahli krew tetapi seeloknya memiliki buku tersebut untuk memudahkan urusan mendapatkan tndatangan penguji terus ketika program berlangsung serta buku itu boleh digunakan sebagai bukti RASMI penyertaan ahli2 Kelana di dalam program kelana.


 Gambar: Muka hadapan Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana

SEJARAH PENGAKAP LAUT MALAYSIA


Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap sejak era awal penubuhannya. Pengasas Pergerakan Pengakap iaitu Lord Baden-Powell lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dengan tradisi kelautan. Datuk di sebelah ibunya iaitu Laksamana William Henry Smyth adalah panglima tentera laut semasa Perang Nepoleon dan merupakan seorang ahli hidrografi dan astronomi yang masyhur. Abang beliau, Warington Baden Powell pula adalah seorang pelaut komersil dan pengasas pelayaran keno. Warington kemudiannya telah diamanahkan oleh Lord Baden-Powell untuk mengasaskan Pengakap Laut.

Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap. Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut di dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak detik tersebut, Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan termasuklah di Malaya dan Borneo.

Sejarah negara merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk penganjuran aktiviti Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi laut, mempunyai banyak sungai dan tasik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang menyeronokkan dianjurkan dari semasa ke semasa.

Pengakap Laut di Malaysia dibahagikan kepada tiga unit iaitu Pengakap Muda Laut (bagi pelajar menengah rendah), Pengakap Remaja Laut (bagi pelajar menengah atas) dan Pengakap Kelana Laut (bagi ahli dewasa dan lepasan sekolah menengah). Tiada unit Pengakap Laut ditubuhkan bagi Pengakap Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti Pengakap Laut dijalankan mengikut skim latihan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kita amat bertuah kerana Skim Latihan Pengakap Laut yang baru telah dilancarkan pada 23 Januari 2011 dan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli Pengakap Laut.

 Gambar: Logo Rasmi Pengakap Laut Malaysia

APAKAH PENGAKAP KELANA


Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Pengakap Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Program Latihan Pengakap Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:

  1. Perkhidmatan
  2. Sosial
  3. Cabaran luar
  4. Aktiviti mental
  5. Semangat

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan. Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.


Gambar 1: Perkhemahan Pengakap kelana


Gambar 2: Epolet bagi Pengakap kelana

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA


 
                          *Tertakhluk pada perubahan.


Sumber:
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Isnin, 16 Januari 2012

ROVERMOOT SELANGOR 2012 (SEROM)

Salam Pengakap,

Perkara di atas dirujuk,
Tarikh: 4-7 Mei 2012
Tempat: Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,Semenyih
Yuran Penyertaan: RM 50.00 SAHAJA - Kit Rovermoot (Lencana Rovermoot, Lencana Aktiviti, Skaf Rovermoot, Kad Aktiviti,Tag Dan Lanyard Dan Aktiviti)

Aktiviti:

1. Sektor Air: Kayak, Tubing, Merentas Tasik dan Keyakinan Diri.
2. Sektor Lasak: Paintball dan Trekking
3. Sektor Perkhidmatan: Menanam Pokok (Green Rovers),Perkampungan
Orang Asli dan Air Terjun Sungai Tekala.
4. Sektor Komunikasi: Signal Fox dan Radio Amatur
5. Lain-lain Aktiviti: Ceramah, Forum dan Malam Pengakap

Surat siaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat, diharap kepada sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada pemimpin kumpulan masing-masing.
 
"WE GROWTH THROUGH FAMILY"


APR WORKSHOP ON MEMBERSHIP GROWTH REVIEW 2012

Salam Pengakap,

Perkara di atas dirujuk,

Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) Kawasan Asia Pasifik (APR) dengan kerjasama Persatuan Pengakap Macau akan mengadakan "APR WORKSHOP ON MEMBERSHIP GROWTH REVIEW" sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 7-10 September 2012
Tempat: Rotunda Tenente Pedro Jose, Da Silva Loureiro, Fortaleza De Taipa, Taipa, MACAU
Yuran Penyertaan: USD$150.00 untuk setiap peserta

Sekian, harap maklum.



Lampiran: Surat Edaran


PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA 2012‏

*Sila baca dengan teliti makluman di atas, dan jika berminat, sila buat permohonan menerusi borang yang disediakan kepada PPM negeri masing-masing dan borang penyertaan perlulah dikembalikan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebelum 15 Februari 2012.

THAILAND 19th NATIONAL JAMBOREE





Salam Pengakap,

Perkara di atas dirujuk,

PERHATIAN, PPM telah menerima jemputan daripada "National Scout Organisation of Thailand" (NSOT) sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 21-27 April 2012
Tempat: Kem Vajiravudh, Thailand (Jalan Selatan ke Pattaya)

Justeru itu, kepada sesiapa yang berminat sila membuat permohonan menerusi Pemimpin Kumpulan masing-masing dan bagi ahli Kelana G sila rujuk En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak a.k.a En. Rosdi Bodel. Sebarang urusan permohonan penyertaan perlu disegerakan sebelum 20 Februari 2012 untuk membolehkan pihak Majlis Pengakap Negeri memanjangkannya ke Ibu Pejabat PPM di Kuala Lumpur.

Sekian, harap maklum.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"






Ahad, 15 Januari 2012

TARIKH PENGHANTARAN BUKU LOG AKTIVITI KELANA G DILANJUTKAN

Salam Pengakap,

Perkara di atas dirujuk,
MOHON kerjasama ahli-ahli Kelana G yang telah mengikuti kursus-kursus berikut:

1) Skim Lencana Pengembaraan anjuran UnisZA di Kem Merang, Setiu.
2) Skim Lencana Perkhidmatan anjuran UnisZA di Kem Tengku Muhammad Ismail.

Merujuk perkara di atas, mana-mana ahli Kelana G yang terlibat di minta menyiapkan buku log sebelum 20hb Januari 2012 dan menyerahkan buku tersebut kepada Saudara Abd. Fatah sebelum ianya diserahkan kepada saya. Buku-buku tersebut diperlukan untuk diperiksa oleh perwakilan UnisZA bagi mendapatkan lencana dan sijil penyertaan.

Sekian, Harap Maklum.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"

*Tolong maklumkan pada rakan-rakan anda yang lain. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

ATAS-WORLD KING SCOUT FELLOWSHIP IN KUALA LUMPUR


Salam Pengakap,

Perkara di atas dirujuk,
Tarikh:25 Februari 2012
Tempat: Dynasty Hotel
Yuran Penyertaan: RM50.00
Semua PENGAKAP RAJA MALAYSIA DIJEMPUT. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi email atasworldmalaysia@gmail.com atau hantar mesej secara terus ke Facaebook Tn Eric Khoo's.

*Bukan pengakap raja pun dijemput hadir untuk menyambut hari pengasas.

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2

Salam Pengakap,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA PASUKAN PENGAKAP KELANA G

PERHATIAN kepada semua ahli Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu, Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 20 Januari 2012 (Jumaat)
Masa: 3 petang
Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, K. Trg.

Surat makluman berkenaan Mesyuarat Agung telah dikeluarkan, sila rujuk lampiran di bawah. Sebarang pertanyaan, makluman ketidakhadiran bersebab perlu diberitahu segera.

Diharapkan kepada semua ahli-ahli Kelana G yang mempunyai rakan2 yang ingin menyertai pasukan kita, sila jemput mereka hadir ke mesyuarat tersebut. Namun demikian, ingin diingatkan dan ditegaskan di sini, pengambilan ahli-ahli baru perlulah dinilai dari segi perwatakan dan sikap rakan-rakan anda tersebut, jika mereka berperwatakan kurang baik, sukar mengikut peraturan, tidak mendengar arahan, sekadar masuk untuk mengganggu gugat ketenteraman ahli-ahli dalam pasukan, adalah dinasihatkan orang-orang seperti ini TIDAK SAMA SEKALI dibawa masuk ke dalam pasukan kita.

Semoga dengan terlaksananya mesyuarat kali ini, diharapkan banyak input2 @ maklumat2 terbaru dapat disampaikan di samping program2 menarik yang bakal disajikan di sepanjang tahun 2012 ini.

Sekian, Harap Maklum.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"
 
Lampiran: Surat Makluman
 

APR WORKSHOP ON ENVIRONMENT EDUCATION IN SCOUTING

Salam Pengakap,

APR WORKSHOP ON ENVIRONMENT EDUCATION IN SCOUTING

Sukacita dimaklumkan pada semua Pengakap Kelana Malaysia bahawa World Organisation of Scouts Movement/Asia Pacific Region (APR) dengan kerjasama PPM akan menganjurkan APR Workshop on Environment Education in Scouting. Maklumat program adalah seperti berikut:

(a) Tarikh: 4-7 Jun 2012
(b) Tempat: Sandakan, Sabah
(c) Bayaran: 150 USD (tidak termasuk kos pengangkutan ke Sabah)

Mana-mana ahli Pengakap Kelana yang berminat, bolehlah merujuk kepada bahagian Program di peringkat negeri masing-masing [No rujukan surat PPM: PPM-2 (024)/2012] dan segala permohonan hendaklah melalui negeri dan mendapat kebenaran dari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri masing-masing. Sekian.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...