Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Ahad, 16 Februari 2014

Adult In Scouting 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan bengkel Adult In Scouting 2014 peringkat kebangsaan pada 04 hingga 08 Mac 2014 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Selangor.

Oleh itu, pencalonan penyertaan dari semua negeri adalah dikehendaki. Bagaimanapun, penyertaan terhad kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan/atau Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja. Ini kerana bengkel ini bertujuan untuk membentuk polisi Adult In Scouting bagi Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan.

Bersama-sama ini dikepilkan butiran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...