Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Ahad, 16 Februari 2014

WE ALWAYS BEEN A FAMILY, ALWAYS WILLING TO HELP

Salam Pengakap,

Sudah terlalu lama tidak meninggalkan post di ruangan wall Kelana G, terlalu banyak perkara telah berlaku akhir-akhir ini. Pertemuan dan perpisahan dikalangan ahli kumpulan disebabkan kekangan waktu, sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan pelbagai karenah kehidupan. 

Itulah ragam kehidupan, ada masa kita bersama-sama berhimpun, berkhemah, berkongsi penat lelah mendidik generasi muda ke arah satu matlamat yang sama, berhubung dan menjalin ukhuwah dikalangan kita, melihat rakan2 kita membesar, memimpin generasi selepasnya supaya lebih berdisiplin, menghormati pemimpin, belajar berasaskan tauladan dan suatu masa kita pernah menjadi satu pasukan yang selangkah kehadapan mengatasi pasukan-pasukan pengakap yang lain.

Namun, segala usaha dan penat lelah selama ini tidak pernah dilupai, pada mereka yang telah membantu, pada mereka yang sanggup menggembleng tenaga dalam memastikan Pasukan Kelana G sentiasa bergerak dalam kepelbagaian aktiviti dari peringkat pasukan sehinggalah ke peringkat seterusnya, TERIMA KASIH diucapkan.

Justeru itu, diharap tahun 2014 ini menjadi titik tolak untuk kita meneruskan kesinambungan pergerakan kepengakapan melalui pasukan kita sendiri tanpa terbeban dengan aktiviti di peringkat daerah mahupun negeri. Bermula dari saat ini, saya menyeru kalian semua supaya bekerjasama dengan saya dan juga pucuk pimpinan pasukan dalam merangka kegiatan pasukan dan melaksanakannya sehingga berjaya.

Semoga tahun ini adalah tahun bermulanya Pasukan Kelana G melakukan kegiatan dalam pasukan sendiri dan bermulanya sesi untuk sama-sama kita menongkah arus perdana melalui bidang kepengakapan.

Diharap pada masa yang bakal diberitahu kelak, kalian dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pasukan Pengakap Kelana G kali Ketiga tahun 2014.

Sekian, harap maklum.

"WE ALWAYS BEEN A FAMILY, ALWAYS WILLING TO HELP"

Ahmat Yazid bin Maliki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...