Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Jumaat, 15 Februari 2013

LAPORAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA UNIT PENGAKAP KELANA NEGERI TERENGGANU


PENGENALAN
Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu merupakan salah satu unit terpenting bagi melancarkan setiap perjalanan aktiviti anjuran PPM negeri malah bagi meneruskan kesinambungan perjalanan hidup seorang pengakap dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Dengan kewujudan Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu, pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPM negeri telah berjaya dilakukan dengan sempurna seiring dengan penyertaan Unit Pengakap Kelana Negeri Terengganu ke program-program anjuran PPM Pusat, Majlis Belia, KLKM dan juga badan-badan belia yang lain. Oleh itu, ianya memenuhi matlamat asas penubuhan pengakap kelana kebangsaan iaitu bagi memperkenalkan kerakyatan yang aktif, melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan persatuan, melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri, membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah dan mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISERTAI/DILAKSANAKAN
Berikut adalah penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana Negeri Terengganu :


Bulan
Tarikh
Aktiviti
Perkara
JANUARI
28 – 30 JAN 2012
KURSUS PENGURUSAN KETUA PATROL
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 35 orang
FEBRUARI
05 FEB 2012
PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W
Tempat : Dataran Shahbandar Kuala Terengganu
(Berkumpul : Hadapan Pintu Gerbang Warna Biru) Hingga Ke Stadium Tertutup Depan Hospital Nur Zahirah
Penyertaan : 20 orang
FEBRUARI
16 – 18 FEB 2012
KURSUS PENTAULIAHAN KETUA SEKAWAN
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 30 orang
MAC
08 – 10 MAC 2012
KURSUS LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA – LENCANA JAYA DIRI
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 35 orang
MAC
15 – 17 MAC 2012
KURSUS MANIKAYU TAHAP I & PENGENALAN UNIT PENGAKAP KELANA ANJURAN KLKM UNISZA
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 10 orang
MAC
24 MAC 2012
MESYUARAT TAHUNAN PPM
Tempat : Bilik Seminar Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.
Penyertaan : 10 Orang
APRIL
15 – 21 APR 2012
KURSUS MANIKAYU TAHAP II UNIT PENGAKAP KELANA ANJURAN KLKM UNISZA
Tempat : Unisza & Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 10 orang
APRIL
27 – 28 APR 2012
KONVOI JELAJAH HARI BELIA NEGARA (HIMPUNAN JUTAAN BELIA MEI 2012)
Tempat : Dari Bandar Kuala Terengganu Ke Bandar Kemaman
Penyertaan : 4 Orang
MEI
04 – 07 MEI 2012
SEROM (SELANGOR ROVERMOOT)
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,Semenyih
Penyertaan : 35 orang
MEI
24 - 27 MEI 2012
JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA (JAMBORI JUTAAN BELIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012)
Tempat : Putrajaya (Sub Kem 6).
Tempat Berkumpul : Dataran Merdeka (Jam 3.00 Petang Pada 24hb Mei 2012)
Penyertaan : 80 orang
MEI
24 - 28 MEI 2012
Jamboree On The Air (JOTA)
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 80 orang
JUN
28 – 30 JUN 2012
KURSUS MENYELAMAT DI AIR
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 15 orang
JULAI
15 JUL 2012
PROGRAM PELANCARAN ONE MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U) – PENGAKAP MENTRANSFORMASIKAN BELIA
Tarikh : 15 Julai 2012
Tempat : Esplanade, Klcc
Wakil : 40 orang
OKTOBER
01-04 OKT 2012
KOROBORI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 80 orang
OKTOBER
20 – 21 OKT 2012

JOTA JOTI 20-21 OCT 2012

Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 15 orang
NOVEMBER
08 – 11 NOV 2012
2ND EAST COAST ROVERMOOT
Tempat : Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Telaga Batin Terengganu
Penyertaan : 25 orang
DISEMBER
12 -17 DIS 2012
1MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL SCOUT JAM-MOOT
Tempat : Pantai Kok, Langkawi, Kedah
Penyertaan : 40 orang


RUMUSAN / KESIMPULAN
Di sepanjang tahun 2012, telah banyak aktiviti-aktiviti kepengakapan yang telah disertai dan dikendalikan oleh Pengakap Kelana Negeri Terengganu. Justeru itu, bagi mengekalkan kredibiliti dan keupayaan ahli-ahli Pengakap Kelana Negeri Terengganu, program pemantapan kendiri perlu dilaksanakan bagi membentuk ahli-ahli Kelana supaya lebih berbudaya saing dan berintegriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...