Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Jumaat, 15 Februari 2013

PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA : LENCANA KEAHLIAN (VIRGIL) & LENCANA KEMAHIRAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus tersebut di atas seperti mana berikut :

Tarikh : 28 Februari hingga 02 Mac 2013 (Khamis hingga Sabtu)
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
Telaga Batin, Kuala Terengganu.
Pendaftaran : 2.00 – 3.00 petang ( 28 Feb 2013 )
Tamat : 1.00 petang ( 02 Feb 2013 )
3. Dalam kursus ini akan diadakan Majlis Pelantikan Ahli Pengakap Kelana (Majlis Virgil). Seterusnya mereka akan diberi kemahiran membuat simpulan, ikatan, projek pioneering pengakap, orienteering, penganggaraan, ikhtiar hidup dan diakhirnya para peserta akan dapat memakai Lencana Kemahiran.

4. Semua Ahli Pengakap Kelana (lelaki dan perempuan) Negeri Terengganu ditawarkan menyertai kursus ini. Semua peserta yang berminat diminta mendaftar terus ke sekretariat PPMNT. Tarikh tutup penyertaan bagi kursus pada 21 Februari 2013.

5. Kepada yg berminat sila hubungi En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak (0139305169) Pen. Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana atau En Amir Rudin bin Awalludin (096623100 atau email <hqscouttrg@gmail.com>) untuk mendapatkan syarat-syarat kursus, borang penyertaan, senarai semak keperluan kursus dan jadual kursus.




***Sumber daripada Sekretariat Program 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...