Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Isnin, 30 Januari 2012

East Coast Rover Moot 2 | ECROM2

Vanue : Tengku Muhammad Ismail Scout Camp, Terengganu Malaysia
Price   :  RM 50 / Person
13 September hingga 16 September 2012
 


***Yuran ECROM sebanyak RM 50.00 seorang (Pengakap Kelana)
***RM50.00 seorang (Pemimpin) dibayar semasa pendaftaran/bank draft.
****Yuran Kebersihan sebanyak RM100.00

(Yuran ini meliputi sewaan khemah, aktiviti ECROM, Lencana 2nd ECROM, lencana Kelana, KIT, skaf, tag nama, sijil, dan kad aktiviti).


Perincian AKTIVITI 2nd ECROM

Segala pergerakan aktiviti adalah dalam bentuk berkumpulan atau krew. Setiap krew dianggotai oleh pelbagai institusi pengajian dan kaum.



Sabtu, 28 Januari 2012

PERBARISAN SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Salam Pengakap,


PERHATIAN kepada kesemua ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G Daerah Kuala Terengganu samada yang lama mahupun yang baru, anda telah diminta oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tn. Haji Othman untuk menyertai PERBARISAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 5hb Februari 2012 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Taman Shahbandar, Kuala Terengganu
Pakaian: Lelaki (Berbaju Melayu), Perempuan (Berbaju Kurung)

Kerjasama dari anda semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"WE GROWTH THROUGH FAMILY"




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013


Rabu, 25 Januari 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 PERSATUAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU


Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) telah diadakan sebagaimana butiran berikut:


Tarikh: 20 Januari 2012 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat MPNT
Masa: 3.00 - 5.30 petang




Berikut adalah agenda mesyuarat berkenaan:

  1. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
  2. Membentangkan laporan tahunan
  3. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
  4. Perkara-perkara Berbangkit
  5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru
  6. Membahaskan usul-usul yang diterima
  7. Lain-lain perkara
  8. Ucapan penangguhan


PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU SESI 2012/2013

  1. Pemimpin Kumpulan: En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak
  2. Ketua Krew/Pengerusi: Ahmat Yazid bin Maliki
  3. Setiausaha: Mohd Firdaus bin Daud
  4. Bendahari: Nurul Syuhadah binti Zainal
  5. Kuartermaster: Abdul Fatah bin Mohd Zin 


GALERI GAMBAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 2 Pasukan Pengakap Kelana Laut G

EPOLET PEMIMPIN DAN PESURUHJAYA

*Sila tekan gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pengakap_Malaysia




Ahad, 22 Januari 2012

BAJU AKTIVITI KELANA G

Salam Pengakap,

Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu telah secara rasminya mengeluarkan design baju aktiviti bagi ahli-ahli baru persatuan. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat (Hanya Ahli Persatuan Kelana G), sila hubungi kami dengan meninggalkan pesanan pada 'Posting' ini. Harga bagi baju ini adalah RM25 sahaja. Sekian, harap maklum.

Gambar: Design Baju Aktiviti Kelana Laut G

Jumaat, 20 Januari 2012

PERSETIAAN PENGAKAP


"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap."

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan. Gambarajah di bawah menunjukkan cara yang betul untuk membuat Persetiaan Pengakap.



PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP 

Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.
 

Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.
 

Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.
 

Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.
 

Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

Khamis, 19 Januari 2012

EAST COAST ROVER MOOT 2012

Salam Pengakap,

Program "EAST COAST ROVER MOOT" (ECROM) anjuran bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) dan Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) akan diadakan sebagaimana butiran berikut :-


Tarikh : 5 - 8 APRIL 2012,

Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin
Penglibatan : Kelanasiswa IPTA/S, & Ahli Kelana Malaysia
Yuran : RM50 Sahaja

PERHATIAN


Di antara aktiviti-aktiviti* yang bakal diadakan adalah:


i) Explorace

ii) Pengembaraan
iii) Ikhtiar Hidup
iv) Beach Game
v) Kelana Challenge
vi) Dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik

*Tertakluk pada perubahan


P/s : Mohon Kelanasiswa IPTA/S & Ahli Pengakap Kelana Malaysia yang berminat, Sila NYATAKAN NAMA, NO. TELEFON & ALAMAT EMAIL bagi memudahkan proses makluman program serta surat menyurat MELALUI email rasmi ECROM iaitu : ecrom2012@yahoo.com

BUKU SKIM LATIHAN DAN PANDUAN PENGAKAP KELANA

Salam Pengakap,

MAKLUMAN, bagi memudahkan urusan tandatangan penguji untuk setiap program mendapatkan 3 Lencana WAJIB dan 1 Lencana PILIHAN di atas borang yang diperakui oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, sebuah buku "SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA" telah dikeluarkan oleh PPM pusat. Buku ini mengandungi segala maklumat berkenaan Skim Latihan Pengakap Kelana termasuklah cara2 pemakaian epolet, sejarah pengakap kelana, jenis2 lencana dan tatacara perlaksanaan, dan pelbagai lagi TETAPI apa yang penting dari buku ini adalah BORANG2 PENGUJIAN untuk setiap program Lencana yg disertai serta BORANG PENCALONAN untuk mendapatkan peluang menyertai ANUGERAH BP.


Sehubungan dengan itu, adalah amat penting bagi setiap ahli2 Kelana G yg berusia bawah 26 tahun memiliki buku2 tersebut supaya dengan adanya buku tersebut, sebarang tandatangan penguji boleh terus direkod ke dalam buku ketika selesai melakukan aktiviti pada program Skim Lencana. Harga buku tersebut hanya RM6 SAHAJA di kedai TSCOUT.


Sekian, Harap Maklum.


"WE GROWTH THROUGH FAMILY"


*Sekadar makluman untuk semua ahli krew tetapi seeloknya memiliki buku tersebut untuk memudahkan urusan mendapatkan tndatangan penguji terus ketika program berlangsung serta buku itu boleh digunakan sebagai bukti RASMI penyertaan ahli2 Kelana di dalam program kelana.


 Gambar: Muka hadapan Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana

SEJARAH PENGAKAP LAUT MALAYSIA


Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap sejak era awal penubuhannya. Pengasas Pergerakan Pengakap iaitu Lord Baden-Powell lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dengan tradisi kelautan. Datuk di sebelah ibunya iaitu Laksamana William Henry Smyth adalah panglima tentera laut semasa Perang Nepoleon dan merupakan seorang ahli hidrografi dan astronomi yang masyhur. Abang beliau, Warington Baden Powell pula adalah seorang pelaut komersil dan pengasas pelayaran keno. Warington kemudiannya telah diamanahkan oleh Lord Baden-Powell untuk mengasaskan Pengakap Laut.

Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap. Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut di dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak detik tersebut, Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan termasuklah di Malaya dan Borneo.

Sejarah negara merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk penganjuran aktiviti Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi laut, mempunyai banyak sungai dan tasik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang menyeronokkan dianjurkan dari semasa ke semasa.

Pengakap Laut di Malaysia dibahagikan kepada tiga unit iaitu Pengakap Muda Laut (bagi pelajar menengah rendah), Pengakap Remaja Laut (bagi pelajar menengah atas) dan Pengakap Kelana Laut (bagi ahli dewasa dan lepasan sekolah menengah). Tiada unit Pengakap Laut ditubuhkan bagi Pengakap Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti Pengakap Laut dijalankan mengikut skim latihan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kita amat bertuah kerana Skim Latihan Pengakap Laut yang baru telah dilancarkan pada 23 Januari 2011 dan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli Pengakap Laut.

 Gambar: Logo Rasmi Pengakap Laut Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...