Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Adult In Scouting Peringkat Kebangsaan 2013

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus Dewasa Dalam Kepengakapan (Adult In Scouting) pada 19 – 24 Jun 2013 bertempat di Kampus ISTAC, UIAM, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Maklumat lain adalah seperti berikut:

Yuran Penyertaan : RM 250.00 seorang (termasuk makan/minum, penginapan dan bahan kursus)
Tarikh Pendaftaran : 19 Jun 2013 jam 12.00 tengahari
Tarikh Tamat Kursus : 24 Jun 2013 jam 4.30 petang

Antara kandungan kursus ini adalah dengan tujuan memberi penerangan, pendedahan dan latihan teknikal secara intensif mengenai polisi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Penyertaan seramai 3 orang dari setiap negeri (Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri) di pohon untuk menghadiri kursus tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...