Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Bengkel Pemantapan Aspek Pertolongan Cemas PPM 2013

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Persekutuan Pengakap Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Bengkel Pemantapan Aspek Pertolongan Cemas PPM 2013 seperti berikut:

Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2013
Pendaftaran : Mulai jam 3.30 petang hingga jam 8 malam (28 Jun 2013)
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Bayaran : Percuma (penginapan dan makan minum disediakan)

Matlamat bengkel adalah seperti berikut:-
 a) Mendapatkan maklumbalas daripada para peserta bengkel tentang isu-isu berbangkit melibatkan latihan ilmu pertolongan cemas di peringkat daerah dan kumpulan.
 b) Membincangkan cara-cara dan idea-idea untuk menyelaraskan ilmu pertolongan cemas dan kaedah ujiannya supaya suatu kaedah piawaian dapat diwujudkan untuk kegunaan ahli-ahli Pengakap di seluruh Negara.
 c) Menyemak draf buku panduan ilmu pertolongan cemas untuk kepengakapan yang bakal diterbitkan.
 d) Membincangkan cadangan untuk memberi penekanan yang lebih terhadap aspek pertolongan cemas di dalam latihan kepimpinan bagi memastikan para Pemimpin Pengakap mempunyai kelayakan pertolongan cemas yang memuaskan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bengkel ini, sila berhubung terus dengan:
 1) Encik Mohd Azri bin Ramli@Hisham, Penolong Setiausaha Eksekutif (Program) di talian 03-20780836
 2) Encik Mohd Hilmi Abu Bakar, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Persekutuan Pengakap Malaysia di talian 012 – 3263126.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...