Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Program Sambutan Hari Penyu Sedunia 2013

Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah menerima pelawaan WWF (World Wild Federation) untuk menyertai Program Sambutan Hari Penyu Sedunia 2013.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 JUN 2013 (Sabtu)
Tempat: Batu Burok, Kuala Terengganu
Bilangan ahli Pengakap yang diperlukan: 30 orang sahaja

**makan, t-shirt dan sijil drpd pihak WWF akan diberikan
**Pihak WWF dan PPM Negeri Terengganu tidak menyediakan sebarang pengangkutan ke tempat program tersebut.

Dengan yang demikian, ahli-ahli Pengakap berumur 16 tahun dan ke atas (terutama Pengakap Kelana) yang berminat untuk menyertai program tersebut sebagai sukarelawan/petugas bolehlah menghantar nama, no kad pengenalan serta no handphone melalui kumpulan/sekolah masing-masing ke email kami hqscouttrg@gmail.com.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya ditalian 09-6623100.

Sekian, terima kasih.

AHMAD AMIR RUDIN BIN AWALLUDIN
Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pegakap Malaysia Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...