Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Jambori MRSM SeMalaysia Kali Ke-25 2013

25/03/2013
Bertempat di tapak perkhemahan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang dengan seramai 800 orang peserta, Malam Indaba Jamboree dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Haji Shahrum Bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Dalam ucapan YB Dato’ KPPN telah melahirkan hasrat kepada kepimpinan tertinggi MRSM untuk membentuk satu komuniti yang khusus bagi melahirkan lebih ramai Pengakap Raja kepada Pengakap-pengakap MRSM. Beliau juga menyarankan agar pemimpin-pemimpin MRSM dihantar untuk berkursus dan mendapat latihan diperingkat negeri mahupun diperingkat negara. Selain dari itu, YB Dato’ KPPN menyarankan agar semua ahli ahli Pengakap MRSM menjalankan sistem pendaftaran pada tiap-tiap tahun agar perjalanan ahli-ahli Pengakap mengikut garis panduan dan prosedur Pengakap diperingkat kebangsaan.


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...