Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-9

25/05/2013
Melaka - Hujan yang turun dengan lebat dipagi hari tidak menghalang kelancaran majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB. Dato’ Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron yang juga selaku Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka. Majlis gilang gemilang itu yang turut disaksikan oleh ribuan para peserta turut menyaksikan penganugerahan ANUGERAH GEMILANG PRESIDEN kepada 9 orang tokoh Pengakap dari Malaysia dan Indonesia.


Antara yang menerima anugerah tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan Tuan Haji Mohd Adnan bin Hassan Nordin, Dato’ Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir ( Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara ), Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ), Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak ), Tuan Haji Che Soh bin Muda ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu ) dan Tuan Haji Kasim bin Mohamad ( Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka )

Jambori antarabangsa ini dilaporkan telah menerima penyertaan melebihi 2600 peserta dari dalam serta luar negara serta bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dijalankan.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...