Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Pengakap Malaysia Menempa Sejarah Baru Multimedia.

17/03/2013
Balakong - Satu majlis ringkas menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) telah diadakan diantara Scout Human Resources Sdn. Bhd. dengan syarikat Spidercomm Sdn. Bhd. Majlis yang turut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir serta Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman juga dihadiri beberapa tetamu kehormat yang lain.

Dengan termeterainya perjanjian ini pihak Spidercomm Sdn. Bhd. akan menguruskan sebuah portal maya Pengakap yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya pada awal bulan May 2013 ini. Portal yang berkonsepkan sosial ini diharapkan akan menjadi satu platform untuk semua ahli Pengakap yang berdaftar untuk saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga akan menawarkan khidmat kedai maya dimana ahli Pengakap boleh menjual atau bertukar barangan kelengkapan Pengakap diantara mereka.

Diharap dengan adanya portal maya ini akan meningkatkan lagi martabat Pengakap Malaysia dimata dunia


Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...