Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut) Daerah Kuala Terengganu. links.


Rabu, 12 Jun 2013

Perkampungan Pengakap 2013

Putrajaya - Selamat datang ke Perkampungan Pengakap yang diadakan bersempena dengan Festival Belia 2013. Festival yang berlangsung di Precint 2, Putrajaya ini bakal menyaksikan kehadiran ribuan ahli Pengakap dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh ahli Pengakap mahupun pihak penganjur. Disertakan sekali imej satelit akan lokasi sebenar tapak festival dan tapak perkhemahan untuk ahli Pengakap yang bakal menyertai.

Perhimpunan yang telah dilancarkan pada 15hb Mei baru-baru ini bakal berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.


Festival Belia Putrajaya 2013 adalah himpunan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan. Ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk ekspresi diri dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka dan mencabar.

Kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang Persiaran Perdana dari Presint 1 hingga Presint 6, 18 dan 20. Keseluruhan segmen yang dicadangkan sebanyak 30 segmen dengan 500 acara.

 Sumber : http://www.pengakapmalaysia.org/utama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...